UTHM : MyUTHM Mobile Apps: Keperluan Dan Cabaran | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » UTHM : MyUTHM Mobile Apps: Keperluan dan Cabaran

UTHM : MyUTHM Mobile Apps: Keperluan dan Cabaran

Kemunculan teknologi Mobile Apps telah banyak mempengaruhi capaian dan penyampaian maklumat pada masa kini. Cetusan pembangunan UTHM Mobile Apps atau dikenali sebagai MyUTHM, telah berlaku seawal 2016 apabila wujudnya Inisiatif Digital Kampus. MyUTHM dilihat suatu perkara yang relevan dan dapat memenuhi keperluan warga universiti secara tidak langsung mendedahkan warga universiti kepada masa hadapan dunia digital.

Selaras dengan keperluan itu, satu pasukan telah ditubuhkan pada Februari 2017 bagi menjalankan kajian terhadap keperluan teknologi, kemahiran dan infrastruktur bagi merealisasikan MyUTHM. Pasukan ini melibatkan pelbagai kepakaran dalaman untuk melihat pelbagai sudut supaya tidak ada perkara terlepas pandang selelum mengorak langkah dengan lebih jauh. Kepakaran luar diambil kira sebagai pandangan kedua bagi melengkapkan dapatan kajian memastikan MyUTHM mampu berkembang dan maju mengikut arus kepesatan teknologi mobile apps.

Pusat Teknologi Maklumat memulakan langkah pertama dalam membangunkan MyUTHM dengan menelusuri perancangan yang telah dirangka. Awal 2018, pasukan pembangun dibentuk dan dibekalkan dengan latihan pembangunan mobile apps secara asas. Staf yang terpilih ini meneroka pengetahunan pembangunan yang lebih mendalam semasa pembangunan dilakukan. Bagi mengembangkan lagi pengetahuan pembangunan kepada staf lain, latihan dilakukan secara dalaman berkonsepkan transfer knowledge.

Pembangunan MyUTHM secara berfasa dilakukan secara berterusan dengan dorongan pengurusan, maka pada suku keempat 2018 menyaksikan kelahiran MyUTHM secara rasminya. Pelbagai keperluan capaian dan sebaran maklumat staf UTHM tersedia di MyUTHM. Penggunaan yang semakin meluas memberikan impak positif dengan respon daripada pelbagai pihak. Pembangunan modul-modul tambahan sentiasa dilakukan secara berterusan.

Pada sukuan kedua 2019, MyUTHM telah meluaskan capaian kepada para pelajar. Kini, golongan majoriti warga UTHM telah boleh menggunakan MyUTHM dalam capaian dan sebaran maklumat bagi sebarang urusan. Sememangnya, MyUTHM juga sedia diguna pakai selain daripada golongan ini dengan capaian Guest yang memberikan maklumat umum UTHM.

Kesimpulannya, MyUTHM memenuhi keperluan asas golongan majoriti warga universiti dalam capaian dan sebaran maklumat. Penggunaan MyUTHM dilihat bakal menjadi tunjang utama  dalam kelancaran pengurusan universiti ke arah Smart Campus. Oleh yang demikian, Pusat  Teknologi Maklumat senantiasa bersedia dalam pelbagai aspek bagi memastikan keperluan warga universiti dipenuhi dari semasa ke semasa. (Muhamad Rais bin Abd. Halim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)

 

Biodata Pembentang :

Ts. Muhamad Rais bin Abd Halim merupakan Ketua Unit Web dan Latihan di Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Berjawatan Timbalan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat, beliau merupakan graduan Sarjana Sains (Sains Komputer) (2016) daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Sarjana Muda (Sains Komputer) (2001), Universiti Teknologi Malaysia.

Merupakan ahli kepada Malaysia Board of Technologists (MBOT) bagi Teknologis Berijazah (06/12/2018 - 31/12/2019) dan Teknologis Profesional (24/04/2019 - 23/04/2020). Berpengalaman selama 18 tahun mengajar beberapa kursus untuk pelbagai entiti di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

 Telah menghasilkan beberapa buku yang bertajuk Jom Belajar PHP & MySQL, Mahir Aplikasi Blogspot Dalam 9 Jam dan PHP & MySQL Asas Dan Pertengahan. Beliau juga telah menghasilkan jurnal bertajuk “Web Transcript Verification Using Check Digit As Secure Number” di dalam Journal Of Telecommunication.

Sebelum memegang portfolio sebagai ketua Ketua Unit Web dan Latihan, beliau telah berkhidmat dibeberapa unit termasuklah Unit Sistem Maklumat Pelajar, Unit Pembangunan Apliakasi Online dan Unit Grafik & Multimedia. Beliau sekarang terlibat dalam Task Force Pembangunan Mobile dan sebagai Urusetia Penarafan laman Web Pusat Tanggungjawab UTHM.

Selain tugas hakiki, beliau juga menjadi konsultan, tenaga pengajar serta khidmat awam kepada beberapa agensi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga telah menjadi penyelia kepada beberapa pelajar yang menjalankan latihan industri, projek tahun akhir dan program mobiliti pelajar sepanjang tahun 2005 hingga kini.

 < Slaid Pembentangan >

Tarikh Input: 22/08/2019 | Kemaskini: 30/08/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEYQAP~

Hello!