PutraBLAST Dan PutraMOOC | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » PutraBLAST dan PutraMOOC

PutraBLAST dan PutraMOOC

Pembelajaran secara atas talian di UPM digiatkan melalui inisiatif Transformasi Akademik. PutraMOOC yang menggunakan platform Open Learning yang berpangkalan di Australia telah mula dibangunkan pada penghujung 2013. Kolaborasi di antara Pusat Pembangunan Akademik (CADe) dan Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah berjaya membangunkan PutraBLAST pada tahun 2015.

Pelajar boleh mencapai bahan, aktiviti dan pentaksiran secara atas talian dengan pelaksanaan mod pembelajaran teradun melalui platform PutraBLAST dan PutraMOOC. Kuliah maya boleh dijalankan secara synchronous menggunakan aplikasi konferens atas talian dan perbualan (chat). Penaksiran atas talian dilaksanakan dengan penggunaan fungsian kuiz, forum, tugasan atau kandungan interaktif. Pelajar adalah digalakkan untuk menghasilkan kandungan secara atas talian selain daripada laporan. Kehadiran atas talian dikira berdasarkan kepelbagaian medium pengajaran contohnya bukti penyertaan pelajar dan penggunaan fungsian kehadiran atas talian.

Penambahbaikan kepada PutraBLAST dan PutraMOOC dilaksanakan pada September 2019 di mana enjin PutraBLAST dinaiktaraf kepada versi Moodle 3.5 dan PutraMOOC telah dipindahkan ke platform server baharu yang dibangunkan dan ditadbir secara dalaman. PutraBLAST telah digunakan oleh semua kategori pelajar di UPM iaitu Pra Universiti, Pra Siswazah dan Siswazah.

 

Penambahbaikan bagi menyokong dan memudahkan proses PdP boleh dilaksanakan seperti berikut:

  • Cadangan peningkatan prestasi server PutraBLAST iaitu kapasiti 150 CPU, 1000G RAM dan 100TB saiz storan melalui Putra®Cloud Fasa 2 telah diluluskan dan akan dilaksanakan pada sukuan pertama (1) dan kedua (2) tahun 2021. Peningkatan ini adalah bagi memastikan kelancaran aktiviti PdP atas talian di Universiti
  • Kandungan video PdP diletakkan di saluran YouTube bagi memastikan capaian yang lebih pantas
  • Cadangan projek Kampus Pintar iaitu pelaksanaan SmartClassRoom NO ClassRoom boleh meningkatkan kualiti penyampaian pengajaran secara eLearning dengan konsep PdP secara terbuka (AnyWhere, AnyTime & AnyDevice) selaras dengan konsep Bring Your Own Device (BYOD). Pelaksanaan ini akan menjadikan UPM sebagai kampus yang seiring dengan keperluan implementasi IoT dan Revolusi Industri 4.0

 

Tarikh Input: 10/11/2020 | Kemaskini: 10/11/2020 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDdXAa~

Hello!