An IP-Phone UPM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » an IP-Phone UPM

an IP-Phone UPM

Universiti Putra Malaysia dalam proses transformasi sistem telekomunikasi. Ia dilaksanakan berdasarkan faktor kekangan pada teknologi sistem telefon konvensional sedia ada seperti usia peralatan utama PABX yang lebih 30 tahun, pendawaian kabel kuprum yang perlu diganti, pembesaran manhole dan kesukaran pengalihan lokasi telefon serta mengambil kira kematangan teknologi Voice Over Internet Protocol (VoIP) maka projek Telekomunikasi UPM 2017 dibangunkan.

Teknologi ini yang dikenali sebagai Unified Communication adalah jauh lebih canggih dari sistem PABX konvensional dimana ianya menggabungkan dan menggunakan perkakasan teknologi komunikasi terkini iaitu komunikasi real-time seperti telephony, video conferencing, instant messaging dengan aplikasi komunikasi non-real- time seperti e-mail, voice-mail, SMS, Fax-to-Email dan mampu melaksana pelbagai Aplikasi ICT dalam talian (online) telefon VoIP (e.g: melalui teknologi Extensible Markup Language (XML).

Projek ini merupakan teknologi terkini sistem telefon VOIP yang yang lebih mudah diselenggara dan sekiranya terdapat penambahan atau pertukaran lokasi pengguna di sekitar kampus . Sistem telekomunikasi ini menggunasama dan memaksima penggunaan Infrastruktur rangkaian (kabel optik, wifi dan network-switch) yang telah sedia ada di seluruh kampus UPM.

Tahniah diucapkan kepada Seksyen Telekomunikasi, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM. Selamat maju jaya dan semoga proses transformasi berjalan lancar untuk keseluruhan UPM.

 

 

 

 

Tarikh Input: 06/09/2018 | Kemaskini: 05/07/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDdTAu~

Hello!