| PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
senarai pengumuman terkini

Sila hubungi talian 03-89471990

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa nombor telefon Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan prefix 03-8946 dan 03-8947 telah ditamatkan perkhidmatan mulai 1 Julai 2019. Tindakan ini dibuat berdasarkan justifikasi berikut:

1.    Pemasangan set telefon baru dengan prefix 03-9769 (hardphone & softphone) di setiap PTJ yang bermula pada 17 Ogos 2018, telah selesai pada 29 Mac 2019.  Taklimat dan tunjuk ajar kepada staf telah dilaksanakan semasa proses pemasangan dijalankan.
2.    Kerosakan Sistem PABX Ericsson MD110 yang menyokong perkhidmatan talian 8946xxxx (berusia 35 tahun) dan tidak ekonomi untuk dibaiki.
3.    Kerosakan Server Cisco Call Manager yang menyokong perkhidmatan talian 8947xxxx (berusia 12 tahun), telah mengalami kerosakan dan tidak dapat dibaiki.

Dimaklumkan bahawa semua staf yang layak dibekalkan nombor talian telefon sendiri boleh memasang (memuat turun) aplikasi softphone Putracomm pada telefon pintar masing-masing. Nombor telefon ini akan kekal bersama staf sehingga tamat perkhidmatan dan dibawa bersama apabila berpindah Jabatan atau Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM. Hanya talian yang berkait dengan PTJ sahaja yang akan kekal setempat seperti nombor Dekan, Pengarah, Ketua Jabatan dan sebagainya.

Memandangkan kekangan peruntukan kewangan semasa, set telefon meja (hardphone) yang dibekalkan adalah terhad. Justeru itu, pihak JPU telah bersetuju tidak semua staf akan dibekalkan set telefon meja dan agihan yang dibuat hendaklah mengikut keutamaan dan kepentingan tugas seperti berikut:

•       Pengurusan PTJ
•       Setiausaha/Penolong Setiausaha/Pembantu Tadbir
•       Staf Pentadbiran/Kewangan
•       Kaunter Pelanggan
 
<"Panduan Pengguna an IP-Phone">

Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau keperluan dari pihak PTJ untuk mengadakan sesi penerangan/ taklimat teknikal kepada staf di PTJ, sila hubungi:

Tuan Haji Rusli Ahmad (03-9769 1101 /  arusli@upm.edu.my) atau En. Nik Mohd Yusri Nik Harun (03-9769 1917 /  mohdyusri@upm.edu.my).

Segala kesulitan amat dikesali.
 
Sekian, terima kasih.

7 Oktober 2019 - Audit ISMS di Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), 2019

Langkah-langkah ini perlu dipatuhi bagi memastikan PUTRACOMM berfungsi :


1. Turn-off Battery Optimisation to enable apps operational in the background
2. Enable App Notifications
3. App Permission to access Camera, Phone, Microphone, Contacts, Storage



4. Go to setting>preferences>other> enable start application after boot

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah mengaktifkan Lesen Microsoft 365 A3 for Faculty untuk kegunaan semua staf UPM.
 
Antara kemudahan yang diberikan adalah instalasi perisian yang tersenarai di portal berikut:
 
Bagi mendapatkan perisian Microsoft Office Product sila rujuk : MANUAL PENGGUNA OFFICE 365
 
Bagi mendapatkan perisian SELAIN Microsoft Office Product sila rujuk : TATACARA MENGAKSES MICROSOFT AZURE DEV TOOLS FOR STAF UPM
 
 

Warga UPM yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa lanjutan daripada penemuan Audit Pemantauan ISMS, pengurusan kata laluan pengguna UPM-ID perlu dikuatkuasakan seperti garis panduan yang dibangunkan. Pengguna UPM-ID hendaklah memastikan kata laluan yang digunakan mematuhi kriteria kombinasi berikut :-

  1. Sekurang-kurangnya mempunyai 8 aksara dan dihadkan pada 40 aksara; DAN
  2. Sekurang-kurangnya satu (1) huruf besar; DAN
  3. Sekurang-kurangnya satu (1) huruf kecil; DAN
  4. Sekurang-kurangnya satu (1) digit; DAN
  5. Tidak mempunyai ruang kosong (whitespace).
  6. Aksara khusus (special character) adalah DIGALAKKAN.

Pengguna juga diminta mengambil perhatian atas perkara BERIKUT :-

  1. Pengguna yang menggunakan kata laluan yang tidak mematuhi kriteria kombinasi tersebut diberikan tempoh sehingga 6 Disember 2019 untuk membuat penukaran kata laluan.
  2. Selepas 6 Disember 2019, penguatkuasaan akan dibuat (enforcement) pada laman UPM-ID bagi memastikan pengguna mematuhi kriteria yang telah ditetapkan.
  3. Akses portal UPM-ID untuk staf (https://upm-id.upm.edu.my/staff) atau untuk pelajar (https://upm-id.upm.edu.my/student)

 

Mulai 1 Februari 2020, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah melaksanakan penstrukturan semula di mana :

  1. Perubahan kepada Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) (penambahan staf dan tugas untuk Penyelenggaraan Aplikasi)
  2. Perubahan kepada Bahagian Operasi Aplikasi (BOA) (pengurangan staf dan tiada lagi tugas Penyelengaraan Aplikasi)
  3. Perubahan kepada Bahagian Sokongan Pengguna (BSP) (Penutupan Seksyen ICT Bioteknologi dan Alam Sekitar dan perubahan penempatan staf)

 

(Carta iDEC 2020)

 

Untuk instalasi perisian Adobe CC, sila klik mengikut kategori :

< Staf >

Untuk pelajar, pelanjutan tempoh penggunaan lesen sementara ini berakhir pada 6 JULAI 2020.

 

Untuk panduan penggunaan persidangan video, nota boleh diakses melalui pautan berikut :

BDP - Bekerja Di Pejabat (mulai 1 Jun 2020)


1) Lengkapkan maklumat dalam Sistem ERTCOVID19 sebelum ke pejabat
2) Punch in melalui URL http://perakamwaktu.upm.edu.my dengan line internet UPM
3) Punch out melalui URL http://perakamwaktu.upm.edu.my dengan line internet UPM (setelah tamat waktu bertugas)

-----------------------------------------------

BDR@WFH - Bekerja Dari Rumah (mulai 1 Jun 2020)


1) Punch in melalui URL http://perakamwaktu1.upm.edu.my dengan line data telco (data plan sendiri)
2) Sentiasa berada dalam “mode standby” untuk dihubungi sekiranya diperlukan
3) Lengkapkan log kerja harian
4) Punch out melalui URL http://perakamwaktu1.upm.edu.my dengan line data telco (data plan sendiri) (setelah tamat waktu bertugas)

 

Ucapan TAHNIAH atas lantikan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2020

Pelantikan Ketua Bahagian
Encik Rizal Razak
Penubuhan Bahagian Interim Innovation Smart Campus yang diketuai oleh Encik Rizal Razak dan dibantu oleh Encik Saiful Ramadhan Hairani.

Pelantikan Ketua Seksyen ICT bagi menguruskan dua (2) Seksyen ICT Sains Komputer dan Teknologi Maklumat & Seksyen ICT Kejuruteraan dan Senibina
Encik Mohamad  Hafiz Mohamad Zamri

Pelantikan Penolong Ketua Seksyen ICT

i)    Cik Fatimah Suria Hj. Mohd Shafie di Seksyen Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

ii)    Encik Anwar Mohd Salleh di Seksyen ICT Kejuruteraan dan Senibina.

iii)    Encik Normin Zakaria di Seksyen ICT Pentadbiran.

iv)    Puan Zanariyah Tohari di Seksyen ICT Perubatan dan Veterinar.

v)    Encik Ahmad Khushairy Ahmad Mouthie di Seksyen ICT Sains Sosial serta turut mejalankan tugas membantu Tuan Haji Mohd. Zul Mohd. Yusof di Seksyen ICT Pertanian dan Perhutanan.
 
Perubahan yang tersenarai seperti di bawah berkuat kuasa mulai 1 Julai 2020:-

1.    Bahagian Sokongan ICT HPUPM di bawah Timbalan Pengarah (Pengurusan Strategik & Sokongan Pengguna).

2.    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi ditempatkan di bawah Seksyen  ICT Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan Encik Yusnizan Yusoff turut berpindah.

3.    Kawasan ICT Infoport ditempatkan di bawah Seksyen  ICT Perubatan dan Veterinar dan Hajjah Anisah Mohd Diah turut berpindah ke sana.

4.    Kawasan ICT Taman Pertanian Universiti dan Institut Kajian Perladangan di bawah Seksyen  ICT Pentadbiran dan Tuan Haji Mohd Husaini Bahari turut berpindah ke sana.

Sekian, terima kasih.

Pengarah
iDEC

TAHNIAH diucapkan kepada pegawai iDEC berikut di atas kenaikan pangkat.

s_azizisabron En. Azizi Sabron atas kenaikan pangkat F48.

s_unet_azman En. Azman Shah Mohd Shahar atas kenaikan pangkat FA32.


 

 

PUTRAVID : Gangguan pada pengguna telefon pintar IOS

Untuk makluman semua, gangguan  terhadap Putra®ï¸VID pada platform iOS telah berjaya diatasi. Namun begitu pengguna iOS perlu uninstall & re-install aplikasi berkenaan bagi membolehkan ia dapat digunakan. Sila install Putra®ï¸VID melalui laman web : http://mobile.upm.edu.my/.

Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Terima kasih kepada Seksyen Interaksi Manusia-Komputer atas tindakan dan kerjasama yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

BOA, iDEC/UPM

 

Selamat bersara diucapkan kepada Encik Hasidin Abdul Rashid dan Cik Hasmah Abdul Wahab. Selamat maju jaya dalam bidang yang diceburi selepas ini dan semoga diberi kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan.

 

Salam sejahtera kepada Semua Pelajar UPM,

Sesi penyelenggaraan portal Microsoft 365 (M365) pelajar telah berjaya dilaksanakan pada 30 Ogos 2020. Untuk makluman semua pelajar, anda dikehendaki menggunakan ID baharu iaitu nomatrik@students.upm.edu.my. ID ini hanya terpakai untuk mengakses portal Microsoft 365 (M365) sahaja.

Semua pelajar UPM perlu merujuk panduan seperti yang dilampirkan bagi membolehkan penggunaan semula M365.

Sekiranya terdapat permasalahan semasa proses mengaktifkan semula M365, maklumat seperti di bawah hendaklah diemelkan kepada adminm365@upm.edu.my.

  1. Nama                       :
  2. No. Matrik                 :
  3. Program                    :
  4. Fakulti                       :
  5. No. Telefon Bimbit *   :

* No. telefon bimbit adalah nombor yang sama semasa pengaktifan UPM-ID

Kerjasama anda amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)

Universiti Putra Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ingin dimaklumkan, bagi tujuan merekodkan waktu bertugas atau waktu akhir bertugas, Yg. Bhg. Datuk/Datin/Profesor/Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk menggunakan URL sementara iaitu http://eperakamwaktu4u.upm.edu.my. URL ini hanya berkuat kuasa untuk hari ini sahaja (28 September 2020).

Mulai 29 September 2020 dan seterusnya, Yg. Bhg. Datuk/Datin/Profesor/Dr./Tuan/Puan adalah dimohon menggunakan URL seperti sebelum ini iaitu http://perakamwaktu.upm.edu.my

Segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali dan kerjasama yang diberikan, diucapkan jutaan terima kasih.

Makluman rasmi,
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)
Universiti Putra Malaysia

Penstrukturan staf telah dipersetujui oleh Pengurusan iDEC dan berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2020 untuk staf Norhayati Rasmi yang akan berpindah daripada Himpunan Staf, Bahagian Pembangunan Aplikasi ke Seksyen Operasi Aplikasi, Bahagian Operasi Aplikasi.

Universiti Putra Malaysia mengambil perhatian berhubung peningkatan kes COVID-19 di daerah Petaling. Daerah ini telah disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa pelaksanaan semua majlis rasmi di peringkat Universiti Putra Malaysia ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Kerjasama semua pihak berhubung perkara ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Pengarah
Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
1 Oktober 2020

Untuk makluman semua pelajar baharu, ID untuk mengakses M365 akan disediakan oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) setelah data diterima daripada Bahagian Kemasukan dan Urus Tadbir Akademik serta Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia.

Setelah data ada dalam portal M365 (akan dimaklumkan dari semasa ke semasa), pelajar boleh mengakses dengan cara berikut:

  • URL : http://office.com
  • Klik Sign In
  • Masukkan ID : nomatrik@students.upm.edu.my dan klik pada Forgot My Password.

 

Universiti Putra Malaysia mengambil maklum berkaitan keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mulai 14 Oktober 2020 hingga 27 Oktober 2020, di negeri Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19. Sehubungan itu bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Kesinambungan Perkhidmatan di UPM Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat 14 Oktober 2020 hingga 27 Oktober 2020. Warga UPM dinasihatkan untuk sentiasa peka kepada maklumat terkini yang akan disampaikan melalui info@upm.edu.my Laman Web Rasmi UPM dan Media Sosial Rasmi UPM.

 

Merujuk kepada Garis Panduan yang memaklumkan mengenai prosedur kesinambungan perkhidmatan di Universiti Putra Malaysia Kampus Serdang semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Negeri Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa pada 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.

Jawatankuasa Pengurusan Universiti Putra Malaysia pada 14 Oktober 2020 bersetuju mengeluarkan Arahan Pentadbiran Bekerja Dari Rumah Dan Bekerja Di Pejabat seperti di lampiran.

Sukacita dimaklumkan berlaku Pelantikan dan Perubahan nama bahagian di Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) oleh Naib Canselor UPM berkuatkuasa 1 September 2021 seperti maklumat berikut:-

 
PELANTIKAN
 
1Pn. Norazlin Yusof sebagai Ketua Bahagian Perancangan & Governan ICT
 
2. Ts. Mohd Rizal Mohd Khanafie sebagai Ketua Bahagian Pembangunan Aplikasi
 
3. En. Rizal Razak sebagai Ketua Bahagian Kampus Pintar dan Pendigitalan
 
 
PERUBAHAN NAMA BAHAGIAN
1. Perubahan nama Bahagian Multimedia dan Interaksi Manusia ke Bahagian Komunikasi Multimedia
 
 

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Warga UPM yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Maklumat Siswazah (iGIMS) akan menggunakan UPM-ID sebagai kaedah pengesahan bagi membolehkan pengguna akses ke sistem tersebut. Kaedah ini akan dilaksanakan secara efektif mulai 15 Februari 2021. Kaedah ini adalah terpakai bagi semua pengguna yang terdiri dari  staf dan pelajar UPM.

Dengan ini, semua pengguna diminta untuk mengambil perhatian atas perkara berikut :- 

  1. Pengguna iGIMS perlu memastikan UPM-ID masing-masing adalah berstatus AKTIF.
  2. Pengaktifan UPM-ID perlu dibuat di portal UPM-ID melalui pautan :

Pelajar >> https://upm-id.upm.edu.my/student/public/ActivateUser &
Staf >> https://upm-id.upm.edu.my/staff/public/ActivateUser

3. Sebarang perubahan kata laluan hanya boleh dibuat di portal UPM-ID sahaja. (https://upm-id.upm.edu.my/)

 

Harap maklum.

 

Info Rasmi,

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)

Universiti Putra Malaysia

Sekalung Tahniah 💐💐💐 kepada

1. Puan Norazlin Binti Yusof Kenaikan Secara Flexi Gred F48 ke Gred F52 kuatkuasa 1 September 2021

2. Encik Mohamad Norhamidi Bin Hazman Kenaikan Secara TBK Gred FA29 ke Gred FA32 berkuat kuasa 1 Julai 2021

3. Puan Siti Zurainah Binti Salamat Kenaikan Secara TBK Gred FA29 ke Gred FA32 berkuat kuasa 7 Julai 2021

4. Encik Mohammad Faiz Bin Esa Kenaikan Secara TBK Gred FA29 ke Gred FA32 berkuat kuasa 14 Julai 2021

5. Puan Norfaizul Binti Abdul Aziz Kenaikan Secara TBK Gred FA29 ke Gred FA32 berkuat kuasa 11 Julai 2021

6. Cik Siti Syazwina Binti Mohd Yusef Kenaikan Secara TBK Gred FA29 ke Gred FA32 berkuat kuasa 21 Julai 2021

7. Puan Norhasliza Binti Ghazali Kenaikan Secara TBK Gred FA29 ke Gred FA32 berkuat kuasa 21 Julai 2021

8. Puan Lailawati Binti Idris Kenaikan Secara TBK Gred N29 ke Gred N32 berkuat kuasa 1 Julai 2021

Ucapan Tahniah atas kejayaan tuan/puan/cik. Semoga tuan/puan/cik akan memberi sumbangan yang lebih cemerlang pada masa hadapan dalam meralisasikan visi dan misi iDEC khususnya dan UPM khasnya. 🏆🥇🎖️

Tahniah diucapkan di atas kenaikan pangkat :

  1. Ts. Mohd. Faizal Daud (F54)
  2. Ts. Shahril Iskandar Amir (F52)
  3. Azhar Sabtu (FA32)

Terima kasih di atas segala jasa bakti serta diucapkan selamat maju jaya kepada :

  1. Muhammad Jasim Mohd. Mohideen (Pegawai Eksekutif, BPA) (31 Disember 2022)
  2. Imran Izudin Ibrahim (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, BOA) (5 Januari 2023)
  3. Nordin Noor (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, BOA) (Tarikh bersara : 9 Januari 2023)
  4. Salmawati Abdul Malid (Ketua Bahagian Pentadbiran) (Tarikh bersara : 1 Februari 2023)
  5. Aris Yatim (Bahagian Pentadbiran) (Tarikh bersara : 10 Mac 2023)

Selamat datang diucapkan kepada semua staf baharu ke Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)!

  1. MARIA BINTI AHMAD (16-03-2023) - Bahagian Pembangunan Aplikasi
  2. INTAN ROS SAFINA BINTI SAFRI (03-04-2023) - Bahagian Pembangunan Aplikasi
  3. MOHAMMAD ALIF BIN MOHAMMAD ALLAUDIN (03-04-2023) - Bahagian Pembangunan Aplikasi (Himpunan)
  4. NOOR NADHIYA BINTI MOHAMMAD (3-04-2023) - Bahagian Pembangunan Aplikasi (Himpunan)
  5. HISHAM BIN TARSAH (16-03-2023) - Bahagian  Infrastruktur ICT (Seksyen Pusat Data)
  6. AZRAI BIN AKMAL (28-04-2023) - Bahagian Infrastruktur ICT (Seksyen Pusat Data)

 

 

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Tuan/Puan,

PENERIMAAN STAF LANTIKAN BARU PEGAWAI EKSEKUTIF BAHAGIAN PEMBANGUNAN APLIKASI (BPA) PROJEK SMP PADA 1 NOV 2023

Selamat Datang ke Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) kepada NURULIZWAN BIN MOHAMAD - PEGAWAI EKSEKUTIF 2.

 

 

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Rosnizah binti Mohamad Basri menerima kenaikan pangkat secara Time-Based berasaskan Kecemerlangan (TBK) bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA38 mulai 1 Ogos 2023.  

Manakala, Puan Maisirah binti Amran menerima kenaikan pangkat secara Time-Based berasaskan Kecemerlangan (TBK) bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA32 mulai 1 Ogos 2023. 

Dan, Encik Mohd Fikri bin Draffar menerima kenaikan pangkat bagi jawatan Juruteknik Komputer Gred FT22 mulai 1 Ogos 2023. Tahniah diucapkan.

Semoga dapat memberi sumbangan yang lebih cemerlang pada masa hadapan untuk merealisasikan Visi dan Misi Universiti.

Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (iDEC)  akan mengadakan Audit Kendiri  EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 2023 seperti berikut:
 
AUDIT KENDIRI EKSA PERTAMA - 1 NOVEMBER 2023 (RABU)
 
SKOP LOKASI AUDIT:
  1. BANGUNAN ZON ALPHA
  2. BANGUNAN ZON GAMMA
  3. BANGUNAN ZON SIGMA
  4. BANGUNAN ZON BETA
  5. BANGUNAN ZON SEKSYEN ICT
 
AUDIT KENDIRI EKSA KEDUA (AUDIT PENILAIAN SEMULA) - 21 NOVEMBER 2023 (SELASA)
 
SKOP LOKASI AUDIT:
  1. BANGUNAN ZON ALPHA
  2. BANGUNAN ZON GAMMA
  3. BANGUNAN ZON SIGMA
  4. BANGUNAN ZON BETA
  5. BANGUNAN ZON SEKSYEN ICT
Sukacita dimaklumkan bahawa Ts. Syemsul Bahrim Abdul dilantik semula sebagai Timbalan Pengarah iDEC mulai 1 November 2023 sehingga 30 April 2024.  
 
Tahniah diucapkan.

Mohon untuk memberikan maklum balas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan ICT, iDEC pada pautan: https://forms.gle/5Gh9y9wAWNMQcB9aA

Selamat Datang ke iDEC!!

Selamat Datang ke iDEC kepada Ahmad Afwan Kamarulzaman, Pembantu Operasi (N11). Lapor diri pada 26 Disember 2023 dan penempatan di Bahagian Pentadbiran, iDEC Alpha.

 

Tahniah kenaikan pangkat!

Muhamad Al-Wadud bin Mahmud menerima kenaikan pangkat bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA32 mulai 1 Disember 2023.

Maznah binti Karim menerima kenaikan pangkat bagi jawatan Juruteknik Komputer Gred FT26 mulai 1 Disember 2023.

Assalammualaikum,

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN (KKP) - iDEC SEPANJANG TAHUN 2024

Sukacita dimaklumkan merujuk kepada minit mesyuarat Jawatankuasa Maklumbalas Pelanggan Kali Ketiga Bil 1/2024 telah bersetuju untuk menjalankan kajian Kepuasan Pelanggan (KKP) - iDEC sepanjang tahun 2024 bagi mendapatkan bilangan repondan yang lebih ramai.

Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan/puan untuk menjalankan kaji selidik tersebut setiap awal bulan pada pautan berikut:
https://forms.gle/MiQNr6sHmgk63fEN8

Kaji selidik ini juga boleh dicapai pada :
i. Laman web iDEC pada pengumuman dan slider
ii. Emel staf dan pelajar
iii. Facebook iDEC.

Tuan/puan juga dimohon untuk menghebahkan kepada semua ahli Bahagian dan warga UPM

Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan di dalam meningkatkan peratusan KKP, iDEC amat dihargai.

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDTQAr~

Hello!