Terima Kasih Kunjungan USM Untuk Perkongsian Dan Tranformasi Ilmu | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Terima kasih kunjungan USM untuk perkongsian dan tranformasi ilmu

Terima kasih kunjungan USM untuk perkongsian dan tranformasi ilmu

 

Serdang, 2 November 2022 : Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) amat berbesar hati menerima kunjungan Lawatan Kerja daripada Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia. Delegasi yang bertujuan untuk berkongsi  serta mendapat gambaran berkenaan aktiviti-aktiviti di iDEC, UPM, dihadiri oleh pegawai dan wakil Seksyen Infostruktur, Seksyen Korporat dan Seksyen Web, Aplikasi & Multimedia.

iDEC telah menjayakan sesi perkongsian ini dengan taklimat serta informasi berkaitan yang telah disampaikan oleh barisan pegawai utama iaitu :

  1. Ts. Norazlin Yusof - Timbalan Pengarah (Dasar dan Pendigital ICT)
  2. Ts. Syemsul Bahrim Abdul - Timbalan Pengarah (Perkhidmatan ICT)
  3. Ts. Rizal Razak - Ketua Bahagian Kampus Pintar dan Pendigitalan
  4. Ts. Sayid Mohamad Nazari Sayid Ismail - wakil Ketua Bahagian Infastruktur ICT dan Ketua Seksyen Rangkaian
  5. Puan Juraidah Mohamad Amin - Ketua Bahagian Pembangunan Aplikasi
  6. Ts. Azizi Sabron - Timbalan Ketua Bahagian Pembangunan Aplikasi
  7. Ts. Ahri Sogok - Ketua Bahagian Operasi Aplikasi

Semoga perkongsian informasi dapat memberi manfaat kepada Delegasi daripada Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia. 

Tarikh Input: 02/11/2022 | Kemaskini: 02/11/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcOAB~

Hello!