Mesyuarat CDO KPT Selaras Hala Tuju AI Education Hub | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC) 127
» BERITA » Mesyuarat CDO KPT selaras hala tuju AI Education Hub

Mesyuarat CDO KPT selaras hala tuju AI Education Hub

31 Julai 2026, Kuala Lumpur - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Mesyuarat Ketua Pegawai Digital (CDO) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Universiti Malaya secara fizikal dan dalam talian.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) merangkap Ketua Pegawai Digital (CDO) KPT, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, menghimpunkan Ketua-Ketua Pegawai Digital universiti awam, jabatan dan agensi bagi membincangkan agenda transformasi digital pendidikan tinggi negara.

 

Antara fokus utama mesyuarat ialah pembangunan AI Education Hub, sebuah platform penyelarasan nasional yang diterajui KPT dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Inisiatif ini bertujuan membangunkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) yang menyeluruh melalui pembangunan bakat, penyelidikan dan inovasi dari peringkat sekolah hingga ke pendidikan tinggi.

Turut dibincangkan ialah cadangan penubuhan Majlis Ketua Pegawai Digital Universiti Awam Malaysia, kerjasama strategik bersama industri dalam pembangunan bakat AI dan reka bentuk litar bersepadu (IC Design), serta penggunaan Model AI ILMU (Intelek Luhur Malaysia Untukmu) bagi memperkukuh ekosistem AI pendidikan tinggi negara.

Mesyuarat ini mencerminkan komitmen universiti untuk menyokong agenda pendigitalan pendidikan tinggi serta memperkukuh kerjasama strategik dalam memperkasa teknologi digital dan kecerdasan buatan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035.

Tarikh Input: 03/08/2026 | Kemaskini: 03/08/2026 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (09:56:31am-10:01:31am, 08 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]