Serdang, 13 Mac 2026 – Kelab Kebajikan dan Rekreasi iDEC (KRiDEC) telah menganjurkan Majlis Iftar dan Tahlil 2026 sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli KRiDEC, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM). Majlis diadakan di iDEC Gamma bermula seawal jam 6.30 petang dengan kehadiran ahli bersama keluarga masing-masing.

Acara dimulakan dengan sesi bacaan tahlil pada jam 7.00 malam bagi mendoakan kesejahteraan para arwah yang telah didaftarkan oleh warga iDEC.
Hadirin berbuka puasa secara ringkas dengan kurma dan sebelum menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah di ruang yang disediakan dan diteruskan dengan sesi jamuan iftar utama.
Majlis bertambah meriah dengan pelbagai hidangan potluck sumbangan daripada ahli yang melengkapkan menu utama yang disediakan. Perkongsian menerusi aneka juadah ini bukan sahaja menambah selera, malah menyerlahkan semangat kebersamaan serta keprihatinan ahli dalam menghargai rakan sekerja dan keluarga.
Majlis diakhiri dengan solat fardu Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah. Kehadiran ahli keluarga tahun ini menceriakan program dan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan semangat kebersamaan di luar waktu pejabat.
Tarikh Input: 31/03/2026 | Kemaskini: 31/03/2026 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan