PutraATS - Anugerah Tokoh Siswa | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » PutraATS - Anugerah Tokoh Siswa

PutraATS - Anugerah Tokoh Siswa

 

Putrajaya, 2 April 2021 : Anugerah Tokoh Siswa merupakan anugerah yang mengiktiraf mahasiswa yang telah banyak berusaha untuk menjadi modal insan yang holistik dan kompeten selari dengan kehendak ekonomi serta pembangunan masa kini. Ia juga akan dapat memberikan galakan kepada mahasiswa supaya sentiasa bersemangat dan mengekalkan imej kendiri yang terbaik.

PUTRA®ATS di mana ATS singkatan kepada Anugerah Tokoh Siswa, akan dibangunkan oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia dan Jabatan Pengajian Tinggi(JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sistem ini menyokong agenda pendigitalan pendidikan negara yang berperanan untuk memperkukuhkan kebolehpasaran graduan dan melahirkan pemenang Anugerah Tokoh Siswa mengikut kluster masing-masing. Sistem ATS merupakan salah satu projek inisiatif Kampus Pintar UPM 2021-2025.

Bengkel Kajian Keperluan Pembangunan Sistem Permohonan dan Penilaian Anugerah Tokoh Siswa (ATS) telah diadakan pada 2 hingga 3 April 2021 bertempat di Hotel Le Meridian, Putrajaya. Bengkel telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia dan YBhg. Dr. Mohd. Suzeren Md. Jamil Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi serta pegawai daripada iDEC, UPM dan JPT.

 

Tarikh Input: 07/04/2021 | Kemaskini: 07/04/2021 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDTOAc~

Hello!