


Serdang, 9 Jun 2025 – Kelab Kebajikan dan Rekreasi iDEC (KRiDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Ibadah Korban 1446H/2025M bertempat di Masjid Kompleks Pertanian Serdang, UPM. Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan semangat pengorbanan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga iDEC.
Seekor lembu telah dikorbankan hasil penyertaan warga iDEC sebagai peserta korban. Proses sembelihan dijalankan dengan lancar, diikuti aktiviti melapah dan pengagihan yang digerakkan oleh barisan sukarelawan KRiDEC secara gotong-royong.
Daging korban diagihkan kepada peserta korban, penerima dalam komuniti UPM yang dikenal pasti layak menerima sumbangan, serta pihak luar terpilih seperti Baitul Ulfah Centre. Sebahagian daging juga disediakan di Bangunan Alpha, Putra Infoport untuk dikongsi bersama staf sekitar sebagai memenuhi tuntutan berkongsi rezeki dengan jiran tetangga.
KRiDEC merakamkan penghargaan kepada semua peserta korban atas penyertaan mereka dan kepada para sukarelawan yang telah membantu menjayakan program ini. Program ini bukan sahaja memperkukuh nilai pengorbanan dalam jiwa, malah mencerminkan semangat kerjasama dalam komuniti kerja.
Disediakan oleh:
Mohamad Azimin Mohd Azizi
Bahagian Operasi Aplikasi
Tarikh Input: 13/06/2025 | Kemaskini: 13/06/2025 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan