Pertemuan Kerjasama Teknologi Berkaitan Solusi Microsoft 365 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pertemuan kerjasama teknologi berkaitan solusi Microsoft 365

Pertemuan kerjasama teknologi berkaitan solusi Microsoft 365

Serdang, 1 Ogos 2025 – Satu pertemuan rasmi telah diadakan di antara Bahagian Sokongan Pengguna Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama pihak Enfrasys Solution Sdn. Bhd. bagi membincangkan potensi kerjasama dan pelaksanaan teknologi terkini dalam persekitaran pembelajaran dan pengurusan Universiti Putra Malaysia dengan menggunakan solusi daripada Microsoft 365.

Pihak UPM diwakili oleh Ketua Bahagian Sokongan Pengguna (BSP), Encik Rizal Razak bersama Ketua Ketua Seksyen ICT BSP iaitu Encik Mohamad Hafiz Bin Mohamad Zamri, Encik Ku Haizal Ku Halim, Encik Rosrizal Mohd Zain, Ts. Saiful Ramadzan Hairani, Ts. Mazlimin Omar, serta Ts. Farid Harun.

Manakala pihak Enfrasys Solution Sdn. Bhd. pula diwakili oleh Puan Norizatul Syilla Binti Mohamad Samsudin, Encik Muhammad Fathi Ubaidi Bin Jamaludin, dan Encik Zachary Numan Kagawa.

Pertemuan dimulakan dengan pengenalan komponen penyelesaian berasaskan awan oleh Encik Muhammad Fathi. Antara perkara yang dibincangkan termasuk komponen lesen Microsoft A3 yang dimiliki UPM, di mana sebahagian komponennya masih belum dimanfaatkan sepenuhnya. Sehubungan itu, satu sesi khas bersama pasukan UPM akan diatur bagi meneroka potensi penggunaan komponen tersebut.

Pihak Enfrasys turut membentangkan seni bina VDI (Virtual Desktop Infrastructure) dan mencadangkan pelaksanaan Proof of Concept (POC) bagi kelas multimedia, melibatkan 1 atau 2 kelas selama seminggu. Kajian kes ini akan digunakan bagi menilai keperluan penuh VDI di UPM. Selain itu, turut dibincangkan cadangan untuk meneroka proof-of-concept (POC) bagi Copilot Studio dan ciri panggilan melalui Microsoft Teams.

Pertemuan ini diakhiri dengan persetujuan untuk mengadakan perbincangan lanjutan bagi meneroka penyelesaian teknologi yang lebih inovatif, sekali gus menyokong transformasi digital UPM selaras dengan aspirasi universiti menuju kecemerlangan.

 

Disediakan oleh:
Mohamad Hafiz bin Mohamad Zamri
Bahagian Sokongan Pengguna

Tarikh Input: 28/08/2025 | Kemaskini: 28/08/2025 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (07:35:13am-07:40:13am, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]