Pengurusan Perolehan ICT Selaras Dengan PPrISA | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pengurusan Perolehan ICT selaras dengan PPrISA

Pengurusan Perolehan ICT selaras dengan PPrISA

Pengurusan Perolehan ICT selaras dengan PPrISA

 

Kuala Lumpur, 14 Mei 2023 : Bengkel Pengurusan Projek ICT anjuran Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diadakan bagi berkongsi kaedah dan cara pengurusan terbaik untuk mengendalikan projek bermasalah dalam Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT). Bengkel ini bertujuan menyelaras dan memantau pelaksanaan projek ICT di KPT dan disertai oleh pemilik projek dan urus setia JPICT agensi.

Selaras dengan Garis Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA) yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), agensi-agensi Sektor Awam perlu menjadikan PPrISA sebagai panduan komprehensif untuk menguruskan projek ICT. Penceramah yang telah menjayakan bengkel ini adalah Puan Noorizam daripada BPM KPT, Dr. Inthrani Shammugam serta Pn. Nursyahida Arboin daripada MAMPU.

Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh Datuk Dr Mohd Zabri bin Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Semoga dengan adanya panduan yang telah dikongsikan akan dapat menjadi rujukan kepada pemilik projek dan urus setia JPICT agensi.

Disediakan oleh:

Ts. Nor Azlina binti Zainal Abidin

Tarikh Input: 07/06/2023 | Kemaskini: 08/06/2023 | zalaz

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcOAM~

Hello!