Pengukuran Pencapaian KPI ICT UPM 2024 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pengukuran Pencapaian KPI ICT UPM 2024

Pengukuran Pencapaian KPI ICT UPM 2024

 

16 Ogos 2024, Serdang - Pembentangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi skop ICT telah diadakan bersama Ketua Pegawai Digital (CDO) serta peneraju berkaitan. Sebanyak 7 KPI telah disenaraikan dan kaedah pengukuran turut dibincangkan.

Bagi memastikan pelaporan pencapaian dapat disediakan, kaedah pengukuran adalah seperti berikut:

 

 

 

Bil. KPI Butiran
1 Peratus Pembangunan sistem universiti yang dikonsolidasikan menjadi sistem bersepadu 

Sistem bersepadu (integrated system) adalah satu sistem yang menggabungkan pelbagai komponen atau sub-sistem yang berbeza ke dalam satu sistem utama mengikut fungsi bisnes.


Purata peratus kemajuan pembangunan proses sub-sistem yang digabungkan dalam sistem bersepadu mengikut bisnes pada tahun penilaian.

Berikut adalah sistem bersepadu yang disasarkan:

(i) Sistem Maklumat Pelajar (PutraSIMS)
(ii) Sistem Sumber Manusia (HR Portal)
(iii) Sistem Bersepadu Pentadbiran dan Sokongan (PutraASIS)
(iv) Sistem Pengurusan Sokongan dan Pentadbiran HSAAS (PutraSAMS)

2 Peratus pelaksanaan Single Sign On

Pelaksanaan capaian kepada pelbagai sistem aplikasi dan akses rangkaian dengan menggunakan UPM ID yang dilaksanakan melalui Single Sign On secara berfasa:

Fasa 1 : Pemantapan inventori sistem rasmi universiti
Fasa 2 : Penggunaan UPM-ID ke atas sistem rasmi universiti
Fasa 3 : Pembangunan pelaksanaan Single Sign On merentas sistem rasmi universiti
Fasa 4 : Pelaksanaan Single Sign On sepenuhnya

Peratus pelaksanaan capaian kepada pelbagai sistem aplikasi dan akses rangkaian dengan menggunakan kaedah Single Sign On

Pengukuran KPI berdasarkan kepada purata peratus pelaksanaan secara berfasa.

3 Bilangan proses baharu yang didigitalkan

Bilangan pendigitalan proses manual ditukarkan kepada bentuk digital yang digunasama oleh warga UPM melalui perkhidmatan ICT.

Pengukuran KPI berdasarkan jumlah proses yang berjaya didigitalkan.


4 Peratus kemajuan pembangunan Dashboard Data Strategik Universiti

Pembangunan platform Business Intelligence (BI) universiti untuk menyokong pembuatan keputusan pengurusan dan pentadbiran universiti.

Pengukuran KPI bedasarkan kepada peratus kemajuan projek siap sepenuhnya.

(Jumlah pencapaian setiap kluster/Jumlah pencapaian semua kluster) x 100

Pembangunan adalah berdasarkan kepada 8 kluster:

1. Kluster Akademik dan Antarabangsa
2. Kluster Penyelidikan dan Inovasi
3. Kluster Hal Ehwal Pelajar Alumni
4. Kluster Jaringan Industri & Masyarakat
5. Kluster Kewangan
6. Kluster Sumber Manusia
7. Kluster Perpustakaan
8. Kluster Korporat

Ketersediaan infrastruktur rangkaian dan kebolehcapaian sistem utama UPM

Memastikan capaian internet dan sistem utama universiti tidak terjejas.

Pengukuran KPI berdasarkan kepada peratus ketersediaan dalam tempoh sukuan.

1. Ketersediaan rangkaian ICT di seluruh universiti
*Memastikan ketersediaan rangkaian ICT UPMNet di PTJ dan KolejNet di Kolej Kediaman UPM Serdang.

2. Kebolehcapaian sistem utama yang disediakan
*Memastikan ketersediaan sistem utama universiti

Sistem utama:
1. UPM-ID
2. PutraHIS
3. Web UPM
4. PutraFinance
5. SMP
6. iGIMS
7. EIHRAM/HRM
8. PRIMS

6 Peratus pembangunan Rangka Kerja Enterprise Architecture (EA)  

EA merupakan satu pendekatan rekabentuk ekosistem organisasi yang menggambarkan sistem kerja organisasI. Ia melibatkan interaksi antara elemen merangkumi struktur, proses, perkhidmatan, sumber, aplikasi dan teknologi yang diatur untuk mencapai matlamat organisasi.

Pengukuran KPI berdasarkan kepada peratus Pembangunan Rangka Kerja EA UPM.

Pembangunan EA adalah berdasarkan 7 fasa:

1. Persediaan Awal
2. Penentuan Skop
3. Kelulusan Projek
4. Pembangunan Peringkat 1
5. Pembangunan Peringkat 2
6. Pembangunan Peringkat 3
7. Penamatan Projek

 ICT Enabling Index

Tahap ICT Enabler untuk mengukur impak pendigitalan dalam pelaksanaan proses bisnes melalui indeks berikut:

1. Memantapkan kualiti perkhidmatan aplikasi akademik utama universiti di tempoh puncak
2. Memastikan ketersediaan rangkaian upmnet pada peringkat super core switch, core switch, distribution switch dan access switch di fakulti dan wifi di kolej kediaman upm serdang
3. Memastikan perkhidmatan sokongan ict yang dilaksanakan mencapai tahap minima 4 pada skala likert dalam penilaian kepuasan pelanggan
4. Memastikan perkhidmatan baik pulih ict menepati tempoh respons, tempoh baik pulih dan memenuhi kepuasan pelanggan yang ditetapkan
5. Memastikan pembangunan ict dilaksanakan berdasarkan permohonan
6. Memastikan permohonan penyelenggaraan aplikasi dilaksanakan berdasarkan keperluan pengguna
7. Memastikan perkhidmatan helpdesk ict yang dilaksanakan mencapai tahap minima 4 pada skala likert dalam penilaian kepuasan pelanggan


Tarikh Input: 05/09/2024 | Kemaskini: 05/09/2024 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (01:29:36am-01:34:36am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]