Serdang, 15 Mei 2026 – Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) terus komited memperkukuh budaya kerja berkualiti dan persekitaran kondusif melalui penganjuran Kursus Pemantapan dan Pendedahan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 4 Mei 2026, diikuti dengan pelaksanaan Audit Kendiri EKSA pada 15 Mei 2026.
Kursus yang berlangsung selama satu hari di Bilik Latihan EXA dan Bilik Latihan Zetta itu bertujuan meningkatkan kefahaman warga iDEC mengenai konsep serta amalan EKSA, di samping memperkukuh pelaksanaannya di setiap zon dan bahagian. Program ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah audit dalaman EKSA serta menyeragamkan pelaksanaan EKSA mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh tiga penceramah, iaitu Pn Azhana Abdullah, Pn Zurayawati Sulaiman dan Pn Ts Rosliza Ibrahim. Antara topik yang dibincangkan termasuk pengenalan kepada EKSA, kriteria dan amalan terbaik, keperluan penyeragaman pelaksanaan EKSA serta kaedah melaksanakan audit kendiri secara berkesan.
Susulan kursus tersebut, Audit Kendiri EKSA telah dijalankan pada 15 Mei 2026 melibatkan semua zon dan ruang kerja di iDEC. Audit ini bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap kriteria EKSA, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memastikan amalan EKSA dilaksanakan secara konsisten dan berterusan.
Melalui audit yang dilaksanakan, setiap zon diberikan peluang untuk menyemak semula aspek kebersihan, kekemasan, keselamatan, pengurusan dokumen serta inovasi yang menyokong pembentukan persekitaran kerja yang lebih sistematik dan produktif. Hasil penemuan audit akan digunakan sebagai panduan bagi tindakan pembetulan dan penambahbaikan sebelum proses penilaian seterusnya.
Penganjuran kursus dan pelaksanaan audit kendiri ini membuktikan komitmen iDEC dalam membudayakan amalan EKSA sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, memperkasakan tadbir urus organisasi serta mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, selamat dan efisien selaras dengan aspirasi Universiti Putra Malaysia.
Tarikh Input: 19/05/2026 | Kemaskini: 31/05/2026 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan