Pembentangan Pelan Transformasi Aplikasi Sumber Manusia, UPM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pembentangan Pelan Transformasi Aplikasi Sumber Manusia, UPM

Pembentangan Pelan Transformasi Aplikasi Sumber Manusia, UPM

 

Pada 30 Ogos 2017, pembentangan Pelan Transformasi Aplikasi Sumber Manusia anjuran Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi UPM telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM. Ianya diadakan untuk mencadangkan sebuah Pelan Transformasi Sistem Aplikasi, UPM (2017-2021) yang lebih terancang dan menyeluruh bagi menyusun serta menghasilkan sistem aplikasi universiti yang bersepadu. Pelan ini dapat menyelesaikan masalah berkaitan dengan integriti data serta penyelenggaraan sistem aplikasi. Bengkel ini dihadiri staf Pejabat Pendaftar dan Pejabat Bursar sebagai pengguna utama sistem aplikasi.  Penerangan awal dan kefahaman ke atas pelan tersebut telah diberi oleh Puan Norazlin Yusof dan En. Mohd. Faizal Daud.

Tarikh Input: 09/10/2017 | Kemaskini: 12/10/2017 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDdRAq~

Hello!