Pantau Risiko Melalui PutraRISK - ERTCOVID19 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Pantau risiko melalui PutraRISK - ERTCOVID19

Pantau risiko melalui PutraRISK - ERTCOVID19

 

SERDANG: Pembangunan aplikasi pengurusan risiko baharu berasaskan laman sesawang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Risiko ERTCOVID-19 UPM (PutraRISK - ERTCOVID19) diwujudkan bagi kegunaan semua kakitangan dan pelajar universiti berkenaan termasuk di kampus Bintulu, Sarawak. 

Tahap risiko warga UPM terhadap wabak COVID-19 dipantau dari semasa ke semasa dengan merekod maklumat berkaitan tanda dan gejala wabak terbabit melalui aplikasi tersebut. 

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) amat berbangga dengan kejayaan membangunkan aplikasi ini dengan usaha sama antara Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pusat Kesihatan UPM, Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta Hospital Pengajar UPM.

Keputusan tahap risiko masing-masing dapat dilihat melalui aplikasi ini dan ia sentiasa dikemas kini dan pemantauan risiko semasa kakitangan dan pelajar berdasarkan kluster baharu diwartakan kerajaan. Terdapat tiga tahap risiko dikenal pasti iaitu Risiko Tinggi (merah), Sederhana (kuning), dan Rendah (hijau) dengan setiap daripadanya mempunyai tindakan kawalan khusus.

Setiap warga UPM adalah bertanggungjawab melaksanakan tindakan kawalan berdasarkan tahap risiko masing-masing dan hasil analisis akan menunjukkan tahap risiko yang dihadapi. Dengan adanya data ini, ia akan dapat membantu pentadbiran membuat strategi mitigasi berkaitan.

Hasil laporan pengurusan risiko COVID-19 secara harian akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Kecemasan atau lebih dikenali sebagai ERT UPM yang dipengerusikan oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Aini Ideris yang bertindak selaku Komandan Insiden. 

Jawatankuasa ERT UPM sentiasa berusaha memastikan tahap risiko warga kampus pada tahap rendah. Mengekalkan tahap risiko rendah adalah sangat penting supaya aktiviti universiti akan dapat diteruskan dalam normal baharu.

Pengurusan risiko terancang dan tersusun dari awal memudahkan tindakan segera dan berkesan diambil secara menyeluruh di kampus universiti bagi menangani wabak COVID-19.

Tarikh Input: 28/05/2020 | Kemaskini: 28/05/2020 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEUKAq~

Hello!