
17 April 2026, Serdang – Kelab Kebajikan dan Rekreasi iDEC (KRiDEC) akan menganjurkan Majlis Jalinan Kasih 2026 sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga iDEC.
Majlis telah diadakan bermula jam 3.00 bertempat di Glamping Wetland Putrajaya. Program ini telah menghimpunkan warga iDEC dalam suasana santai dan harmoni, selaras dengan konsep kekeluargaan yang diterapkan oleh KRiDEC.
Para tetamu yang hadir telah disajikan dengan Hi-Tea Buffet, yang menampilkan pelbagai juadah istimewa. Selain menikmati hidangan, majlis ini turut menjadi ruang untuk berinteraksi, memperkukuh jaringan sosial serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga organisasi.

Majlis ini turut diadakan bagi meraikan staf iDEC iaitu Hjh Haryati Abdullah yang akan bersara pada 10 Mei 2026, Puan Sharifah Harazmariana Syed Hardan yang telah bersara pada 6 Januari 2026, serta staf yang akan menunaikan ibadah haji iaitu Encik Muhammad Fadzli Arifin. Di samping itu, majlis turut meraikan staf yang menyambut ulangtahun kelahiran pada Julai hingga Disember 2025 serta Januari hingga Jun 2026.
Penganjuran Majlis Jalinan Kasih KRiDEC mencerminkan komitmen berterusan dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan warga kerja, di samping mewujudkan persekitaran kerja yang positif, harmoni dan seimbang antara tanggungjawab profesional dengan hubungan sosial. Program sebegini turut menyediakan ruang kepada warga iDEC untuk berinteraksi, mengeratkan silaturahim serta menghargai sumbangan antara satu sama lain dalam suasana yang santai dan mesra. Diharapkan inisiatif ini dapat terus memperkukuh ukhuwah, meningkatkan semangat kekitaan dan kebersamaan, serta membina budaya kerja yang lebih positif, prihatin dan saling menyokong.
Tarikh Input: 26/04/2026 | Kemaskini: 20/08/2026 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan