Lawatan Oleh JDN Ke Pusat Data, UPM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Lawatan oleh JDN ke Pusat Data, UPM

Lawatan oleh JDN ke Pusat Data, UPM

 
 
 
28 April 2026, Serdang - Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah menerima kunjungan delegasi daripada Jabatan Digital Negara (JDN) ke Pusat Data Universiti Putra Malaysia yang bertempat di iDEC Beta. Lawatan tersebut melibatkan seramai tujuh (7) orang pegawai JDN dan bermula pada jam 2.00 petang dengan sesi taklimat pengenalan serta pembentangan berkaitan Pusat Data UPM.
 
Pusat Data yang berada di tingkat bawah bangunan Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), telahpun berusia melebihi 15 tahun. Universiti Putra Malaysia (UPM) bercadang untuk menyediakan infrastruktur sokongan digital dan platform bersepadu pengkomputeran berprestasi tinggi, termasuk edge computing sebagai storan integrasi data yang mengurus komputasi, pelaksanaan model AI serta pemantauan  perkhidmatan  AI  bagi  menyokong  peningkatan  sumbangan  kepada  keterjaminan  makanan  negara  dan  global.
 
Tindakan naik taraf dan perolehan baharu diperlukan bagi merealisasikan objektif seperti di bawah:
  1. Sistem sokongan Pusat Data terlalu lama (>15 tahun) dan perlu dinilai semula.
  2. Menaiktaraf pusat data berteknologi pintar, AI dan Green Data Center (cekap penggunaan tenaga).
  3. Fasiliti penyelidikan lapuk, menghalang penggunaan teknologi moden.
  4. Kekurangan agropreneur mahir teknologi.
  5. Penyelidik AI berdepan kos infrastruktur tinggi yang menjejaskan pembangunan produk.
Bagi memastikan keperluan disokong dan diluluskan, UPM telah menerima kunjungan daripada pegawai berkepakaran, Jabatan Digital Negara (JDN). Senarai nama pegawai yang telah hadir ke sesi lawatan adalah seperti berikut:
  1. Puan Razita Omar
  2. Ts. Rizman Yusam
  3. Puan Rozaih Sama'on
  4. Ts. Mohd. Khairil Sailan
  5. Ts. Mohd Nawawi Mustafa
  6. Ts. Mohd Firdaus Mohd Yusof
  7. Encik Hirulnizam Mohd Kassim
 
 
Hasil daripada perbincangan dan sesi lawatan, beberapa syor penambahbaikan telah disenaraikan. Semoga UPM akan dapat menyediakan keperluan yang lebih lengkap dan seiring dengan cadangan penambahbaikan yang telah diberikan.

Tarikh Input: 29/04/2026 | Kemaskini: 30/04/2026 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (12:56:36am-01:01:36am, 21 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]