Putrajaya, 5 Februari 2024: Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Pengarah ICT Universiti Awam (MAPITA) telah menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Inisiatif KPT dan Petunjuk Prestasi MAPITA bagi tahun 2024. Ia telah diadakan bertempat di Tingkat 16, Bangunan KPT, Putrajaya.
Bengkel diadakan bertujuan untuk menyelaras program kolaborasi strategik antara MAPITA dan Kementerian seiring dengan lima (5) fokus utama KPT bagi tahun 2024 iaitu Penyediaan Bakat Terbaik Negara; Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan & Inovasi; Pelaksanaan pendekatan Baharu Program; Pemindahan Perkongsian Ilmu; Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi; dan Pemantapan Ekosistem Pembolehdaya.
Antara objektif utama Bengkel Penyelarasan Inisiatif KPT dan Petunjuk Prestasi MAPITA Tahun 2024 ini adalah:
Melalui pencapaian objektif program pembentukan petunjuk prestasi (KPI), merencanakan strategi dan inisiatif dapat memberi gambaran jelas dan landasan dalam memacu pendigitalan peringkat MAPITA dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan teknologi di IPTA.
Disediakan oleh:
Ts. Nor Azlina binti Zainal Abidin
Tarikh Input: 29/02/2024 | Kemaskini: 08/03/2024 | nazlina
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan