Memartabatkan Pengiktirafan Program Teknologi Dan Teknikal Di Malaysia | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Memartabatkan pengiktirafan program teknologi dan teknikal di Malaysia

Memartabatkan pengiktirafan program teknologi dan teknikal di Malaysia

  

18 November 2024, Putrajaya: Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menubuhkan Majlis Pembangunan Profesional Teknologi dan Teknikal (TPDC) bertujuan memastikan jaminan kualiti dan standard persijilan kursus pendek program teknologi dan teknikal. Selain itu, TPDC turut berperanan dalam memberi pengiktirafan kepada program kemahiran melalui Professional Technical Certification.

Penstrukturan semula Jawatankuasa Kualiti, Latihan dan Pendidikan MBOT kepada TPDC telah dipersetujui oleh Lembaga. Majlis merangkumi ahli-ahli semasa Jawatankuasa Kualiti, Latihan dan Pendidikan MBOT bagi memastikan kesinambungan dan memanfaatkan kepakaran yang dimiliki oleh ahli sedia ada.

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Profesor. Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd. Sharef di atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Pembangunan Profesional Teknologi dan Teknikal (TPDC) berkuat kuasa mulai 18 November 2024 sehingga 11 Julai 2026. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) berbangga dengan pelantikan ini dan semoga akan dapat memberi perkhidmatan dan sumbangan yang cemerlang bagi memartabatkan pengiktirafan program teknologi dan teknikal di Malaysia.

TERMA RUJUKAN MAJLIS PEMBANGUNAN PROFESIONAL TEKNOLOGI DAN TEKNIKAL LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (TPDC):

  1. Menetapkan dan mengkaji polisi serta kriteria pensijilan.
  2. Mengiktiraf garis panduan dan proses bagi mencapai matlamat pensijilan.
  3. Meluluskan pelantikan panel penilai.
  4. Mengesyorkan keputusan selepas menerima cadangan daripada panel penilai.
  5. Mengusulkan keputusan pensijilan kepada Lembaga.
  6. Memberikan nasihat kepada Lembaga berkaitan dengan perkembangan dan operasi pensijilan secara tempatan dan antarabangsa.
  7. Memantau dan mengesahkan penyedia latihan bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian, melaporkan operasi pensijilan dan mencadangkan perubahan polisi kepada Lembaga jika perlu.
  8. Menasihati Lembaga mengenai program-program yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan dalam usaha meningkatkan kualiti latihan yang disediakan.
  9. Meluluskan program-program yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan.
 
   
   
   
   
   

Tarikh Input: 20/11/2024 | Kemaskini: 21/11/2024 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (09:58:18pm-10:03:18pm, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]