

15 Mei 2025, Serdang: Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi telah menerima lawatan penanda aras EKSA daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).
Kumpulan pertama terdiri daripada lapan orang delegasi daripada FSKTM dan kumpulan kedua terdiri darpada empat belas orang delegasi daripada PKKSSAAS. Sesi taklimat berkenaan pelaksanaan EKSA di iDEC telah disampaikan oleh Puan Azhana Abdullah selaku Penyelaras EKSA iDEC dan diteruskan dengan sesi perkongsian pelaksanaan EKSA. Seterusnya delegasi dibawa melawat ke persekitaran iDEC di InfoPort untuk menyaksikan pelbagai aktiviti EKSA di Zon EKSA Alpha, Gamma dan Sigma.
Secara keseluruhannya aktiviti lawatan ini telah membuka ruang perkongsian ilmu dan percambahan idea dalam melaksanakan EKSA di PTJ masing-masing.
Tarikh Input: 27/05/2025 | Kemaskini: 27/05/2025 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan