SERDANG, 30 Jun 2026 – Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah mengadakan dua siri lawatan penanda aras pada Jun 2026 sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan EKSA melalui perkongsian amalan terbaik dan penambahbaikan berterusan.

Pada 24 Jun 2026, delegasi Jawatankuasa EKSA yang terdiri daripada wakil KPZ dan iDEC telah mengadakan lawatan penanda aras ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Lawatan tersebut disertai oleh sembilan (9) orang Ahli Jawatankuasa EKSA iDEC bagi meninjau pelaksanaan EKSA yang diamalkan di organisasi berkenaan serta berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan berkualiti.

Sementara itu, pada 26 Jun 2026, Jawatankuasa EKSA iDEC turut mengadakan lawatan penanda aras ke Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia, yang turut melibatkan sembilan (9) orang Ahli Jawatankuasa EKSA iDEC. Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk meneliti pendekatan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Pejabat Bursar dalam memperkukuh budaya kerja berkualiti melalui amalan EKSA.
Kedua-dua lawatan ini merupakan platform yang amat bermanfaat dalam memperluas pengetahuan, berkongsi idea serta mengenal pasti amalan terbaik yang boleh diadaptasi bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan EKSA di iDEC. Selain memperkukuh budaya penambahbaikan berterusan, inisiatif ini turut menyokong usaha iDEC dalam menyediakan persekitaran kerja yang lebih kondusif, sistematik, inovatif dan berorientasikan kecemerlangan perkhidmatan.
Melalui program seperti ini, iDEC komited untuk terus memperkasa pelaksanaan EKSA selaras dengan aspirasi Universiti Putra Malaysia dalam membudayakan kecemerlangan organisasi dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.
Tarikh Input: 30/06/2026 | Kemaskini: 30/06/2026 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan