Jaringan Industri IDEC UPM Ke Silicon Valley, Amerika Syarikat | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Jaringan Industri iDEC UPM ke Silicon Valley, Amerika Syarikat

Jaringan Industri iDEC UPM ke Silicon Valley, Amerika Syarikat

 

SAN FRANCISCO AMERIKA SYARIKAT, 16 September 2019 : Seramai 11 orang delegasi daripada Universiti Putra Malaysia telah menghadiri persidangan Oracle Open World 2019 bagi menerokai teknologi masa hadapan untuk pangkalan data serta menjalin rangkaian baru melalui persidangan tersebut.

Oracle Open World adalah persidangan tahunan Oracle untuk pelanggan Oracle dan ahli teknologis serata dunia. Persidangan tersebut berlangsung selama 3 hari mempromosikan Oracle Cloud Infrastructure and Autonomous Database sebagai fokus utama, dipenuhi dengan beberapa acara ucaptama, sesi perkongsian pengalaman dan teknologi serta pameran produk dan solusi teknologi maklumat.

Program telah diteruskan dengan perkongsian teknologi dan pengalaman oleh CISCO di ibu pejabat CISCO bertempat di San Jose, Amerika Syarikat. Perkongsian merangkumi tentang program penyelidikan dan kolaborasi CISCO bersama Stanford University dan juga beberapa inisiatif IOT yang dilaksanakan oleh CISCO melalui CISCO Smart City Initiatives. Kaedah pemantapan infrastruktur pusat data juga telah dibentangkan. Delegasi juga telah melawat beberapa syarikat IT seperti Google, Facebook dan Intel.

Di San Jose, delegasi berkesempatan membuat jaringan penyelidikan dengan Profesor Mohammad Fayad daripada San Jose State University. Beliau merupakan profesor Kejuruteraan Komputer dalam bidang Kejuruteraan Perisian. Perkara yang dibincang adalah berkaitan dalam menghasilkan penulisan dan juga untuk mendapatkan geran penyelidikan dua hala serta bagaimana pemantapan dalam pembangunan sistem secara holistik.

Bagi meneruskan perjalanan dan menambah visibiliti UPM di Amerika Syarikat, peserta telah mejayakan program satu hari mendaki di beberapa lokasi tumpuan seperti Half Dome View dan Bridalveil Falls di Yosemite National Park. Muzium USS Midway merupakan lokasi terakhir dalam program ini, yang terletak di pusat bandar San Diego, California di Navy Pier. Muzium ini adalah kapal bersejarah iaitu Midway Carrier. Kapal ini memuat koleksi pesawat yang banyak, yang kebanyakannya dibina di California Selatan.

Delegasi program merupakan pasukan pembangunan sistem dan juga penyelidik dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) UPM bagi projek National Integrated Information Security Threat Factor Profiling (NIISTFP) for ICAAS. Projek ini juga merupakan satu kerjasama Cyber Security Malaysia dan UPM Consultancy & Services Sdn Bhd (UPMCS).

Tarikh Input: 29/09/2019 | Kemaskini: 30/09/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
CVMGFvQ:05:47