Cintakan Rasul Dan Memertabatkan Tulisan Khat Dan Membaca Jawi! | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Cintakan Rasul dan memertabatkan tulisan Khat dan membaca Jawi!

Cintakan Rasul dan memertabatkan tulisan Khat dan membaca Jawi!

 

Serdang, 21 November 2019 : Bersempena dengan bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W., Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah mengadakan “Majlis Cinta Rasul”, bersekali dengan “Majlis Bersama Pengarah” di Ruang Legar iDEC Gamma.

Majlis Cinta Rasul dimulai dengan bacaan Selawat beramai-ramai dibawah pimpinan Encik Rizal Razak dan dilengkapi dengan Ceramah Agama yang disampaikan oleh tetamu jemputan iaitu Hj. Mohd Riza Hj. Kamaruddin, pendakwah bebas (bertauliah JAIS). Antara intipati cermah tersebut adalah kita hendaklah sentiasa bersyukur, bersedekah, mengingati Allah, menjadikan kerjaya sebagai ibadah dan muhasabah diri jika ditimpa sebarang ujian dalam hidup.

Majlis anjuran KRiDEC ini juga diserikan lagi dengan beberapa acara pertandingan seperti Menulis Khat Jawi dan Sapa Pandai Baca Jawi. Pertandingan Menulis Khat Jawi dijuarai oleh En. Saiful Ramadzan Hairani, Pn. Shamiza Sharif di tempat kedua dan En. Ahmad Faisal Abd.Ghafar di tempat ketiga. Manakala pertandingan Sapa Pandai Baca Jawi dijuarai oleh En. Ahmad Faisal Abd. Ghafar, En. Rizal Razak di tempat kedua dan Cik Sofiyatul Salmi Ismail di tempat ketiga. Tahniah kepada semua pemenang!

Majlis di akhiri dengan ucapan daripada Prof. Madya Dr. Fatimah Sidi, Pengarah Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi. Beliau melahirkan rasa syukur kerana ruang kerja staf di iDEC Gamma telah selesai dinaik taraf sepenuhnya pada 31 Oktober 2019 yang lalu.

Tarikh Input: 29/11/2019 | Kemaskini: 29/11/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEUNAz~

Hello!