Bersama Menjayakan True North UPM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Bersama menjayakan True North UPM

Bersama menjayakan True North UPM

Serdang, Selangor, 24 Januari 2024: Hari ini, genap 100 hari kepimpinan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Yang Berbahagia Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah dan telah menyampaikan amanat tahun 2024 bertempat di Pusat Kebudayaan Sultan Abdul Aziz Shah (PKSAAS). Dengan kehadiran wakil daripada setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ), persatuan dan kesatuan serta pelajar UPM telah memeriahkan lagi Majlis Perutusan 100 hari Naib Canselor dan Amanat 2024.

Kerangka hala tuju strategik UPM terdiri daripada 5 asas penting, 6 teras utama objektif serta misi visi universiti. Setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing bagi memastikan kejayaan pelaksanaan kerangka hala tuju strategik UPM ini.

 

Mesej yang disampaikan oleh Naib Canselor seperti di bawah perlu diteliti, diamati dan dilaksanakan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan True North UPM.

  1. UPM perlu keluar dari zon selesa untuk menghadapi ketidaktentuan masa hadapan.
  2. Kecemerlangan masa hadapan memerlukan usaha bersepadu yang disusun secara strategik oleh sebuah pasukan yang mantap.
  3. Marilah kita memberi yang terbaik mengikut kerangka strategik ini.
  4. Elak dari tindakan yang boleh membuatkan UPM runtuh.

 

Disediakan oleh: Ts. Nor Azlina binti Zainal Abidin

Tarikh Input: 30/01/2024 | Kemaskini: 30/01/2024 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcWAY~

Hello!