Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) IDEC 2026 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC) idec
» BERITA » Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) iDEC 2026

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) iDEC 2026

 

Serdang, 20 Mei 2026 - Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah melaksanakan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 pada 19 hingga 20 Mei 2026 (Selasa – Rabu). Audit dalaman ini merupakan sebahagian daripada mekanisme pemantauan dan penilaian keberkesanan pelaksanaan ISMS secara berterusan terhadap piawaian ISO/IEC 27001:2022.

Proses pengauditan dikendalikan oleh pasukan juruaudit dalaman yang ketuai oleh Pn. Yasminani Mohamad selaku Ketua Juruaudit Dalaman (KJAD) dibantu oleh enam orang juruaudit dan tiga orang auditor pelatih. Audit Dalaman telah dilaksanakan melalui tiga kumpulan audit bagi memastikan proses pengauditan berjalan secara sistematik dan menyeluruh. Pelaksanaan audit turut mendapat kerjasama dan komitmen daripada pihak pengurusan serta pegawai yang terlibat. Mesyuarat Pembukaan Audit dan Mesyuarat Penutupan Audit telah diadakan pada 19 dan 20 Mei 2026 secara atas talian dengan penyelarasan dari Bilik Mesyuarat Bangunan iDEC Beta. Komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang pelaksanaan audit mencerminkan usaha berterusan iDEC dalam memperkukuh tadbir urus keselamatan maklumat serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan ICT.

Secara keseluruhannya, Audit Dalaman ISMS 2026 telah berjalan dengan lancar mengikut jadual yang dirancang dan memberi gambaran jelas terhadap tahap kesiapsiagaan iDEC dalam mengurus keselamatan maklumat.

Pelaksanaan audit ini diharap dapat membantu iDEC meningkatkan tahap pematuhan terhadap keperluan piawaian Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2022, seterusnya memperkukuh pengurusan risiko ICT dan keselamatan maklumat bagi menyokong penyampaian perkhidmatan ICT yang berkesan di iDEC serta UPM secara keseluruhan.

Tarikh Input: 19/05/2026 | Kemaskini: 10/06/2026 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (11:05:18am-11:10:18am, 11 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]