Serdang, 16 Januari 2024: YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Majlis Peluncuran Ai Untuk Rakyat di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM). Majlis yang telah dihadiri oleh pelbagai lapisan generasi ini merupakan program inisiatif kerajaan untuk memperkasakan kesedaran rakyat terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI) serta usaha merapatkan jurang digital antara masyarakat pelbagai latar belakang.
Program pembelajaran dalam talian secara kendiri ini boleh diakses melalui https://ai.gov.my/ di mana mempunyai dua komponen, iaitu :
AI Aware
AI Appreciate
Universiti Putra Malaysia mengambil pendekatan memastikan agar semua warga UPM melaksanakan program AI ini. Langkah pemantauan dilaksanakan di peringkat tertinggi UPM melalui portal https://ai.upm.edu.my/. Semoga Program AI untuk rakyat mencapai objektif dan dapat diperkasakan.
Disediakan oleh: Ts. Nor Azlina Zainal Abidin
Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 17/04/2024 | nazlina
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan