AAN - Pengiktirafan Tertinggi IPT Malaysia | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » AAN - Pengiktirafan tertinggi IPT Malaysia

AAN - Pengiktirafan tertinggi IPT Malaysia

 

Putrajaya, 3 Disember 2021 : Sistem Permohonan Anugerah Akademik Negara (AAN) adalah salah satu projek komersialisasi IDEC yang telah dibangunkan bersama Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun 2018 dan masih diselenggara sehingga kini. Sistem ini berfungsi dalam menguruskan proses permohonan Anugerah Akademik Negara secara dalam talian untuk memberikan sanjungan dan pengiktirafan tertinggi kepada para sarjana di Institut Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia yang telah memberi sumbangan dalam bidang pengajaran, penemuan ilmu, penerbitan ilmiah dan kreatif serta pemindahan dan pengembangan ilmu pada peringkat kebangsaan dan global serta bersifat multifungsional dan multiorganisasional.

Bengkel Pemilihan Anugerah Akademik Negara (AAN) ke-14 telah diadakan pada 3 hingga 5 Disember 2021 bertempat di Hotel Marriot Putrajaya dan seramai empat (4) orang staf Bahagian Pembangunan Aplikasi, IDEC telah terlibat secara langsung yang bertindak sebagai pasukan teknikal sokongan sistem.

Mereka yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. Ts. Azizi Bin Sabron
  2. Puan Nor Hasriyanti Bt Rahim
  3. Puan Nurul Fatihah Bt Md Marham
  4. En. Mohammad Faiz Bin Esa

Tarikh Input: 05/12/2021 | Kemaskini: 05/12/2021 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEbWA5~

Hello!