Putra®Voting..Mengundi Dalam Talian! | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Putra®Voting..Mengundi dalam talian!

Putra®Voting..Mengundi dalam talian!

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) dipertanggungjawabkan merangka serta menyelaraskan strategi penyampaian perkhidmatan UPM melalui pelaksanaan inisiatif kampus pintar (smart campus). Ini adalah seiring dengan saranan kerajaan untuk memperkasakan agenda kerajaan digital. Dalam persekitaran norma baharu yang dialami negara ketika dilanda pandemik Covid-19, sesuatu perlu dilakukan untuk mempermudah urusan pengajaran dan pembelajaran.

Begitu juga untuk sesi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia yang memerlukan penyertaan semua pelajar untuk mengundi calon mereka. Walaupun berada di luar kampus, pelajar boleh mengundi dengan menggunakan aplikasi mengundi secara dalam talian dikenali sebagai Putra®Voting.

Aplikasi ini merupakan salah satu inisiatif Kampus Pintar UPM dan ia dilengkapi dengan panduan sebagai rujukan sebelum mengundi. Di bawah ini merupakan ayat Arahan dan Panduan yang disediakan di dalam aplikasi Putra®Voting.

ARAHAN

  1. Sesi mengundi adalah pada 29 Mac 2021.
  2. Sila log masuk menggunakan UPM-ID anda.
  3. Sila pastikan emel rasmi UPM anda ***@student.upm.edu.my aktif untuk menerima nombor PIN.
  4. Jangan menutup aplikasi ini sekiranya anda berada dalam senarai menunggu.
  5. Anda diberikan 10 minit untuk mengundi.
  6. Jika terdapat ralat semasa mengundi, log keluar dan log masuk semula.
  7. Aplikasi PUTRA®VOTING akan menyimpan maklumat undian jika penghantaran tidak berjaya.

 

PANDUAN MENGUNDI

  1. Log masuk menggunakan UPM-ID.
  2. Masukkan nombor PIN untuk pengesahan.
  3. Pilih 2 calon fakulti dan 11 calon umum.
  4. Klik “Hantar Undi” untuk menghantar undi anda.
  5. Aplikasi akan memaparkan makluman jika berjaya.

 

Dengan adanya aplikasi ini, Universiti Putra Malaysia telah berjaya melaksanakan sesi pengundian Majlis Perwakilan Pelajar UPM pada 29 Mac 2021 walaupun pengundi@pelajar berada di luar kampus Universiti.

Tarikh Input: 30/03/2021 | Kemaskini: 30/03/2021 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXETWAx~

Hello!