UPM : Pembayaran Tanpa Tunai Dan Pensijilan Digital Menggunakan Teknologi Blockchain | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » UPM : Pembayaran Tanpa Tunai dan Pensijilan Digital Menggunakan Teknologi Blockchain

UPM : Pembayaran Tanpa Tunai dan Pensijilan Digital Menggunakan Teknologi Blockchain

Teknologi Blockchain adalah sejenis teknologi yang diguna sebagai platform penghantaran data dengan cepat dan selamat. Teknologi sebegini sangat penting dan berguna dalam mempelbagaikan fungsi blockchain tersebut. Penggunaan Teknologi Blockchain yang digunakan dalam sistem transaksi tanpa bayaran tunai adalah bagi memastikan sistem transaksi berlaku dengan cepat dan selamat. Manakala Teknologi Blockchain turut digunakan sebagai salah satu teknik dalam menentukan pengesahan skrol digital setiap pelajar.

Bagi kaedah pembayaran tanpa tunai, pelajar perlu memuat turun aplikasi Zwallet dari Play Store ke dalam telefon pintar. Pendaftaran setiap pelajar untuk aplikasi ini hanya memerlukan emel sahaja. Kemudian, pelajar dikehendaki mengisi token ke dalam Zwallet dengan menambah nilai ke dalam akaun Zwallet. Apabila membuat pembayaran, pelajar perlulah menggunakan telefon mudah alih untuk membaca kod QR bagi setiap barang yang dibeli. Setelah pembacaan kod QR selesai, secara automatik kadar bayaran telah di hantar ke akaun kedai tersebut. Kemudian kadar token akan ditolak dari akaun pelajar berdasarkan harga barang.

Manakala bagi menentukan pengesahan skrol digital setiap pelajar, universiti menyediakan ID untuk skrol setiap pelajar. Pelajar akan menerima emel dari UPM sebagai pemberitahuan bekaitan ID skrol mereka selepas tamat belajar. Majikan di tempat kerja boleh melakukan pengesahan skrol pelajar dengan memuat naik fail ke aplikasi Zscroll bagi mendapat maklum balas kesahihan skrol dari universiti. Sistem mengekstrak kandungan dari file pdf yang di-scan menggunakan OCR lalu menghasilkan nilai hash dan membuat padanan pada Blockchain tentang nombor matrik dengan nilai hash tertentu. Sekiranya padanan nilai hash tersebut adalah betul maka sijil itu asli, jika berbeza maka palsu.

Dengan kaedah pembayaran tanpa tunai, pelajar boleh membuat pembayaran dengan lancar dan selamat, tiada lagi beratur panjang di kaunter pembayaran, penghantaran token kepada rakan boleh dibuat tanpa diketahui pihak ketiga. Serta menjimatkan masa pelajar dari membuat pengeluaran wang tunai di kaunter. Zscroll pula berupaya untuk meningkatkan kepercayaan majikan terhadap pelajar yang bakal bekerja dalam memastikan ketulenan skrol, serta mengurangkan aktiviti penggunaan skrol palsu.

Teknologi Blockchain adalah diinspirasi dari teknologi merkel, ia menyimpan maklumat dalam blok-blok yang ada di rantaian. Teknik konsensus tanpa melalui pihak ketiga sebaliknya mengunakan server yang berdedikasi. Ia menjamin dokumen digital daripada diubah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Teknik kriptografi seperti penyulitan, tandatangan digital dan kekunci berpasangan untuk setiap blok dalam rantaian di jamin selamat untuk digunakan sebagai transaksi token dan pengesahan skrol digital.

Pengurusan dan pentadbiran semakin moden dan disokong kuat dengan teknologi ICT. Begitu juga dalam bidang telekomunikasi, ia juga telah menggunakan teknologi ICT bagi membolehkan kemudahan telekomunikasi digunakan tanpa sempadan. Berbeza dengan konsep pelaksanaan secara tradisional, kini telekomunikasi menggunakan rangkaian ICT bagi membolehkan pelaksanaannya.

 

Biodata Pembentang :

Profesor Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain merupakan Timbalan Dekan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Unversiti Putra Malaysia. Merupakan anak jati Kelantan Darul Naim, beliau telah mula berkhidmat mulai tahun 1997 sehingga kini (21 tahun) di Universiti Putra Malaysia.

Berkelayakan PhD, kepakaran beliau adalah dalam bidang Keselamatan Rangkaian Komputer, Rangkaian Komputer dan Wayerles, Komputer Kuantum serta  Komunikasi Kuantum. Memfokuskan bidang iaitu Keselamatan Rangkaian dan Komputer Kuantum.

Pencapaian beliau amat dibanggakan dengan penerimaan anugerah pada tahun 2019 iaitu “Distinguished Women in Computer Science’’ di 4th Venus International Women Award (VIWA). Pada tahun 2016, terdapat empat (4) anugerah yang telah diterima.

Anugerah tersebut adalah :

  • “World Woman Science Grand Award’’ di 3rd World Scientist Awards WSA;
  • “Innovative Inventor Grand Award bagi Order of Merit: Information Technology'’ di 5th World Inventor Award Festival WIAF;
  • Gold Medal at 2016 International Invention Innovation Competition in Canada (iCAN 2016)
  • Special Award di 2016 International Invention Innovation Competition in Canada (iCAN 2016).

Tarikh Input: 30/08/2019 | Kemaskini: 30/08/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDdDAR~

Hello!