Perkhidmatan ICT yang merangkumi infrastruktur dan infostruktur disediakan untuk semua warga UPM bagi membolehkan tugasan pentadbiran, pembelajaran dan pengajaran (PdP) serta penyelidikan dilaksanakan dengan baik.
Kemudahan perkhidmatan ICT yang disediakan adalah seperti berikut:
Penggunaan teknologi lama dan telah beroperasi lebih daripada lapan (8) tahun akan menyebabkan gangguan operasi kerana risiko tinggi peralatan akan mengalami kerosakan. Jumlah pengguna yang semakin bertambah dan peningkatan operasi aplikasi universiti secara atas talian, membataskan keupayaan sistem rangkaian UPM (UPMNet) untuk menyediakan perkhidmatan lebuhraya maklumat yang lancar. Ia amat membimbangkan sekiranya berlaku kerosakan kepada peralatan yang sedang beroperasi.
Penambahan Kapasiti Jalur Lebar
Penggunaan aplikasi secara atas talian memerlukan ketersediaan kemudahan Internet berkapasiti tinggi. Berdasarkan keperluan tersebut, UPM bercadang meningkatkan kapasiti jalur lebar daripada 3.8Gbps kepada 10Gbps pada awal tahun 2021 melalui perkhidmatan sewaan Internet sedia ada. Peningkatan ini bertujuan bagi menyokong permintaan pengguna dan menampung keperluan smart classroom serta PdP secara atas talian.
Menaiktaraf Dan Memperkasa Infrastuktur ICT Rangkaian Komputer (UPMNet) Dan Pusat Data Universiti (UPMNet 4.0)
Dengan perkembangan teknologi dan pembangunan yang semakin pesat, perolehan peralatan dengan reka bentuk baharu yang lebih sesuai diperlukan bagi menaik taraf UPMNet yang telah berusia 23 tahun. Jawatankuasa Pengurusan Universiti Putra Malaysia bersetuju meluluskan cadangan ini secara berperingkat mengikut fasa dengan peruntukan RM10 juta pada tahun 2021, dan RM10 juta lagi pada tahun 2022.
Pelaksanaan UPMNet4.0 yang melibatkan penggantian peralatan rangkaian dan keselamatan ICT memerlukan peruntukan sebanyak RM48Juta dan dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut:
Tarikh Input: 10/11/2020 | Kemaskini: 10/11/2020 | nazlina
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan