Langkah Berjaga-jaga Terhadap Ransomware Adage / Phobos | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Langkah berjaga-jaga terhadap Ransomware Adage / Phobos

Langkah berjaga-jaga terhadap Ransomware Adage / Phobos

https://tse3.mm.bing.net/th?id=OIP.84rKVh47qgqMgi2s3WQDlQHaDD&pid=Api&P=0&w=432&h=178
Anda amat disarankan mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyelamatkan data anda dari menjadi tebusan Ransomware!
 
Ransomware Adage / Phobos
 
Adage merupakan salah satu variasi terbaru daripada Ransomware Phobos. Malware ini disebarkan melalui lampiran / pautan emel, mengeksploitasi kelemahan sistem pengoperasian atau perisian yang berada di dalam komputer anda. Penyangak siber akan menghantar emel spam menggunakan maklumat header palsu, contohnya emel berkenaan daripada syarikat kurier seperti DHL atau FedEx.

Ransomware ini mensasarkan semua versi Windows termasuk Windows 7, Windows 8.1 dan Windows 10. Apabila ransomware ini mula memasuki komputer, ia akan mewujudkan nama fail rawak yang boleh dilancarkan melalui folder AppData atau LocalAppData. Seterusnya ia akan mula mengimbas semua lokasi pemacu pada komputer anda untuk mengunci fail dan dokumen. Fail yang telah di enkripsi akan mempunyai sambungan .adage bersama nombor ID pengguna yang dijana secara rawak. Pengguna kemudian diminta membayar wang tebusan bagi mengakses fail yang telah dijangkiti.

Berikut adalah tindakan pencegahan yang perlu diambil :

1. Elakkan mengklik, memuat turun lampiran atau membuka pautan dari laman web dan emel yang tidak dikenali dan mencurigakan.

2. Jangan muat turun sebarang program dari sumber tidak rasmi.

3. Memastikan Sistem Operasi komputer sentiasa dikemaskini sepenuhnya melalui Windows Update.

4. Memastikan sistem mempunyai antivirus yang masih aktif lesennya dan sentiasa dikemaskini.

5. Sentiasa melakukan backup terhadap semua data kepada peranti luaran seperti external hard drive / usb pendrive.

Tarikh Input: 26/09/2019 | Kemaskini: 26/09/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXESJAR~

Hello!