Industry4wrd: Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» ARTIKEL » Industry4wrd: Dasar Negara Mengenai Industri 4.0

Industry4wrd: Dasar Negara Mengenai Industri 4.0

Sumber artikel daripada portal https://www.malaysia.gov.my >>Perkembangan Teknologi Terkini >> Industry4wrd: Dasar Negara Mengenai Industri 4.0

 

Pengenalan

Dasar Industry4WRD merupakan satu dasar negara untuk transformasi sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan bagi tempoh 2018 hingga 2025. Dasar ini mengandungi tiga visi untuk menjadikan Malaysia sebagai:

  • rakan strategik untuk pembuatan pintar dan perkhidmatan berkaitan di Asia Pasifik;
  • destinasi utama untuk pelaburan industri berteknologi tinggi; dan
  • penyedia penyelesaian menyeluruh (total solutions provider) untuk teknologi termaju.

Latar Belakang

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengetuai pembangunan Dasar Industry4WRD sejak pertengahan tahun 2017 bersama beberapa kementerian utama, iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Multimedia dan Komunikasi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan, dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, serta agensi, industri dan pihak-pihak berkepentingan.

 

Objektif

Objektif Dasar Industry4WRD dirangka berpandukan tiga asas utama iaitu Attract (A) – Create (C) – Transform (T):

  • Attract (A) – menarik pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) untuk beralih kepada aplikasi dan teknologi Industri 4.0 serta meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai sebuah lokasi pilihan bagi pembuatan pintar;
  • Create  (C) – mewujudkan sebuah ekosistem yang menyeluruh bagi menyokong industri menggunapakai Industri 4.0 dan menyelaras inisiatif sedia ada dalam pelbagai aspek berkaitan seperti bakat dan tenaga kerja, pembiayaan, infrastruktur dan kawal selia; dan
  • Transform (T) – tranformasi sektor pembuatan secara menyeluruh untuk meningkatkan dan memperkukuh produktiviti, kecekapan kos, aplikasi teknologi dan keupayaan inovasi, pembangunan teknologi tempatan dan pewujudan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi.

 

Tools/Features Yang Digunakan

Secara dasarnya, lima bidang pemboleh utama telah digariskan iaitu F.I.R.S.T:

  • Pembiayaan dan Insentif berasaskan Hasil (Funding and Outcome-based Incentives) – F
  • Infrastruktur Digital dan Ekosistem (Enabling Ecosystem and Efficient Digital Infrastructure) – I   
  • Rangka Kerja Kawal Selia dan Penerimagunaan Industri (Regulatory Framework and Industry Adoption) – R   
  • Meningkatkan Kemahiran Sedia Ada dan Menghasilkan Bakat Baru untuk Masa Hadapan (Upskilling Existing and Producing Future Talents) – S 
  • Akses kepada Teknologi Pintar dan Piawaian (Access to Smart Technologies and Standards) – T 

Dasar ini mengandungi 13 strategi dan 38 pelan tindakan. Salah satu program utama di bawah Dasar ini ialah Program Industry4WRD Readiness Assessment yang telah dirancang untuk menilai tahap kesediaan sesebuah organisasi untuk beralih kepada Industri 4.0. Objektif utama program ini adalah:

  • mewujudkan garis petunjuk tentang tahap kesediaan untuk organisasi dalam penggunaan elemen Industri 4.0;
  • mengenal pasti bidang penambahbaikan dalam setiap dimensi yang diukur;
  • mengesyorkan tindakan lanjut untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti; dan
  • membangunkan garis dasar (baseline) untuk penerimagunaan industri.

 

Impak

Empat sasaran telah dirangka berasaskan data tahun 2016:

  • Meningkatkan produktiviti pembuatan untuk setiap pekerja sebanyak 30% daripada RM106,647;
  • Meningkatkan sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi negara daripada RM254.7 bilion ke RM392 bilion;
  • Menguatkan kapasiti inovasi dan keupayaan dengan menambahbaikkan kedudukan Malaysia dalam Global Innovation Index daripada 35 ke 30 teratas; dan
  • Menambah bilangan pekerja berkemahiran dalam sektor pembuatan daripada 18% ke 35%.

 

Rantaian Kehadapan

Penerapan Industri 4.0 akan membantu industri, terutamanya perusahaan  kecil dan sederhana (PKS) dalam meningkatkan kecekapan dan produktitviti supaya terus kekal relevan dan berdaya saing di peringkat domestik dan global. Dasar Industry4WRD akan menggalakkan pembangunan keupayaan inovatif dan keupayaan pembuatan sektor dan perkhidmatan yang berkaitan untuk mewujudkan teknologi, produk sendiri Malaysia dan perkhidmatan.

 

Maklumat Lanjut

Unit Industri 4.0, Bahagian Dasar Sektoral,

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

i4.0@miti.gov.my 

Rujukan : https://www.miti.gov.my/industry4wrd 

Tarikh Input: 30/06/2020 | Kemaskini: 30/06/2020 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXFWNAt~

Hello!