Webinar Pengurusan Kualiti ICT | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC) idec
» BERITA » Webinar Pengurusan Kualiti ICT

Webinar Pengurusan Kualiti ICT

 

SERDANG, November 2025 – Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Webinar Pengurusan Kualiti ICT UPM yang dilaksanakan dalam dua siri pada 17 November 2025 dan 26 November 2025. Program secara dalam talian ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh pemahaman warga UPM sebagai pengguna ICT berkaitan prosedur, peraturan dan amalan pengurusan ICT yang berkesan.

 

Webinar Siri 1 yang berlangsung pada 17 November 2025 memberi tumpuan kepada Garis Panduan Permohonan Kelulusan Perolehan ICT UPM dan Prosedur Pembangunan ICT. Perkongsian ini bertujuan memberikan kefahaman yang lebih jelas mengenai proses dan tatacara yang perlu dipatuhi dalam pengurusan perolehan serta pembangunan ICT di UPM. Sesi ini turut memberi peluang kepada peserta mendapatkan penerangan berkaitan keperluan dan prosedur yang berkaitan bagi memastikan pelaksanaan urusan ICT dibuat secara teratur dan selaras dengan ketetapan universiti.

Sementara itu, Webinar Siri 2 yang diadakan pada 26 November 2025 mengetengahkan Prosedur Penyelenggaraan ICT dan Prosedur Perkhidmatan ICT. Kedua-dua topik ini memberi penekanan kepada kepentingan penyelenggaraan serta penyampaian perkhidmatan ICT yang sistematik bagi memastikan kemudahan dan perkhidmatan digital universiti dapat beroperasi secara optimum.

Webinar ini menampilkan pegawai iDEC sebagai penyampai yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang masing-masing. Siri pertama menampilkan En. Ts. Rizal Haryalia bagi topik Garis Panduan Permohonan Kelulusan Perolehan ICT UPM dan Pn. Ts. Jurainah Mohamed Amin bagi topik Prosedur Pembangunan ICT. Siri kedua pula menampilkan Tn. Ts. Syed Mohamed Nazran Syed Ismail yang membentangkan Prosedur Penyelenggaraan ICT serta En. Ts. Rizal Razak bagi topik Prosedur Perkhidmatan ICT. Sesi webinar turut dikendalikan oleh moderator daripada iDEC.

Penganjuran webinar ini mencerminkan komitmen iDEC dalam memperkukuh budaya pengurusan kualiti ICT dalam kalangan warga UPM. Melalui perkongsian yang dilaksanakan, peserta bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman terhadap prosedur ICT, malah dapat menyokong penyampaian perkhidmatan ICT yang lebih cekap, teratur dan berkualiti.

Inisiatif ini diharap dapat membantu warga UPM melaksanakan urusan berkaitan ICT dengan lebih berkesan serta menyokong aspirasi universiti dalam memperkukuh tadbir urus dan transformasi digital secara berterusan.

Tarikh Input: 29/11/2025 | Kemaskini: 20/08/2026 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (06:43:01pm-06:48:01pm, 03 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]