Warga IDEC Komited Membudayakan Amalan EKSA | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Warga iDEC komited membudayakan amalan EKSA

Warga iDEC komited membudayakan amalan EKSA

Serdang, 6 Oktober 2022 :  iDEC telah berjaya disenarai pendek untuk penilaian bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (EKSA) Sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2022. Bagi menentukan pemenang anugerah ini, sesi penilaian oleh Panel Penilai yang dilantik telah diadakan pada 6 Oktober 2022. 

Kehadiran Dr. Noor Hamzani Farizan dan Puan Nik Hafzaini Nik Hassan selaku Juruaudit EKSA, telah disambut baik oleh ahli Jawatankuasa EKSA iDEC. Dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan oleh Penyelaras EKSA, Puan Azhana Abdullah, penerangan mengikut kriteria penilaian telah memberikan impak yang positif kepada auditor. 

Inovasi, penambahbaikan sebelum dan selepas telah dipaparkan melalui slaid pembentangandan seterusnya Juruaudit telah melaksanakan lawatan ke zon-zon iDEC yang terlibat.

Semoga iDEC berjaya mendapat tempat di UPM. Syabas semua warga iDEC!

 

Disediakan oleh : Ts. Nor Azlina Zainal Abidin

Tarikh Input: 06/10/2022 | Kemaskini: 11/10/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcHAT~

Hello!