Usaha IDEC Ke Arah Merealisasikan IR 4.0 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Usaha iDEC ke arah merealisasikan IR 4.0

Usaha iDEC ke arah merealisasikan IR 4.0

SERDANG, 26 November 2019:  Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah seliaan Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA) sedang dalam penyediaan kertas cadangan bagi permohonan peruntukan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe12). Menyahut cabaran ke arah pelaksanaan IR 4.0, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM berusaha menyediakan kemudahan, aplikasi serta perkhidmatan yang dapat menyokong dan mengimplementasikan kampus pintar. Bagi memastikan ia tercapai, iDEC telah mengemukakan cadangan permohonan Kompleks ICT yang dilengkapi dengan Pusat Data, Pusat Rangkaian Utama (NOC), auditorium, bilik dan makmal serta pusat pengujian.

 

Penyediaan Kompleks ICT UPM beserta Pusat Data terkini akan memberikan impak seperti berikut :

(a) Mempertingkatkan kualiti tadbir urus perkhidmatan ICT dalam menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pentadbiran dengan:

  • mempromosikan perkhidmatan guna sama yang lebih optimum
  • meningkatkan perkongsian sumber ICT secara terurus dan berpusat

(b) Melengkapkan keperluan ICT dan menyediakan sokongan teknologi untuk komuniti.

(c) Meningkatkan prasarana bagi aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dengan pelaksanaan:

  • P&P melalui MOOC dengan meluas.
  • Pemusatan pembelajaran atas talian dengan menekankan pengurusan struktur maklumat dan penyampaian kandungan pembelajaran, penilaian pengajaran yang lebih mesra pengguna dan mudah diguna.
  • Pembelajaran atas talian dengan pelbagai bidang pengajian yang menawarkan kuliah video dan forum.
  • Penggunaan makmal interaktif dan berkonsepkan Bring Your Own Device (BYOD) sebagai medium.
  • Penyelidikan ke atas metodologi terkini P&P.

(d) Menjadi sebuah institusi yang melatih dan menyediakan bakat-bakat e-SPORTS bukan sahaja untuk menyertai pertandingan kompetitif, malahan mengembangkan bilangan tenaga kerja yang akan memajukan industri e-SPORT

(e) Menjadi Penggalak Teknologi ICT terkini (IR 4.0, IoT, AI) dengan:

  • Menyediakan kemudahan dan sumber teknologi ICT yang paling terkini untuk masyarakat mendapatkan pendedahan, pengetahuan, dan perkhidmatan yang berkaitan.
  • Meningkatkan peluang untuk menjalankan aktiviti penyelidikan ICT.

(f) Mengoptimumkan penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Data UPM.

(g) Mewujudkan Persekitaran Kerja yang Lebih Selamat dan Kondusif dengan menggalakkan perkara berikut iaitu:

  • Persekitaran kerja yang lebih bersih kemas dan selamat akan meningkatkan motivasi pekerja untuk bekerja dan secara langsung membantu kepada penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.
  • Pekerja akan bersikap lebih positif dalam memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan serta memberikan kepuasan kepada pelanggan ke tahap yang lebih tinggi.

Tarikh Input: 16/12/2019 | Kemaskini: 16/12/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
CVMGFTC:05:19