Urusan Tanpa Tunai! | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Urusan Tanpa Tunai!

Urusan Tanpa Tunai!

SERDANG, 21 Januari 2020: Gelombang digital kini memberikan manfaat kepada masyarakat umum. Segala urusan harian semakin mudah termasuk pesanan makanan, membeli barang dan peralatan serta keperluan lain. Segalanya kini di hujung jari dan tidak perlu melangkah masuk ke bank untuk membuat bayaran kerana ia boleh dilakukan menggunakan aplikasi dalam telefon pintar atau kad.

Pasaran e-wallet semakin berkembang dan turut menyokong fungsi pembayaran elektronik, pertukaran wang dan kod imbas QR. E-wallet boleh digunakan dalam pelbagai platform pembayaran, runcit, makanan dan minuman, dagangan elektronik dan pemindahan Peer-to-Peer.

Penggunaan teknologi ini mengubah kelaziman apabila konsep membawa wang tunai bertukar kepada penggunaan kaedah digital sepenuhnya.Penggunaan kad yang fleksibel, selamat dan pantas bagi melaksanakan urusan pembayaran kerana diterima di seluruh dunia.

Pengeluaran mata wang asing di ATM di luar negara (yang mempunyai perkhidmatan Visa pada kadar yang ditetapkan dan tertakluk pada caj bank), boleh dibuat ketika menggembara. Ini amat memudahkan pengguna dan menjimatkan masa untuk urusan pertukaran mata wang asing.

Tarikh Input: 31/01/2020 | Kemaskini: 31/01/2020 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
CVMGFEY:05:04