UPM Lakar Masa Depan Digital Melalui Pembangunan EA UPM Student's Journey | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC) idec
» BERITA » UPM Lakar Masa Depan Digital melalui Pembangunan EA UPM Student's Journey

UPM Lakar Masa Depan Digital melalui Pembangunan EA UPM Student's Journey

 

SERDANG, 23 Julai 2026 – Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Enterprise Architecture (EA) skop UPM Student’s Journey bertempat di Dewan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar. 

Bengkel ini dirasmikan oleh YBhg. Ts. Dr. Mohd Hafeez Bin Osman, Timbalan Pengarah (Infostruktur dan Inovasi ICT), dan turut dihadiri oleh YBhg. Ts. Esmawaty Binti Mohamad, Perunding Latihan EA INTAN, barisan pengurusan iDEC serta peneraju perkhidmatan utama universiti.

Bengkel pembangunan EA adalah melibatkan keseluruhan perjalanan pelajar bermula daripada pengambilan, pendaftaran, pembelajaran, pembangunan sahsiah, sehingga kepada graduasi dan hubungan alumni.

Program ini bertujuan mendapatkan input, pandangan dan perkongsian pengalaman daripada peneraju perkhidmatan utama UPM bagi membantu mengenal pasti proses bisnes semasa (As-Is), peranan pemegang taruh, penggunaan aplikasi, aliran data serta isu dan cabaran bagi setiap fasa Kitaran Hayat Pelajar UPM. Dapatan ini merupakan asas penting kepada pembangunan EA agar selaras dengan aspirasi universiti serta keperluan pelaksanaan inisiatif transformasi digital Universiti Putra Malaysia.

Melalui sesi taklimat Pendekatan Strategik ke Arah Transformasi Digital Universiti, Esmawaty berkata “Penyelarasan tugasan dan pengurusan keupayaan perkhidmatan perlu dilaksanakan secara teratur di bawah seliaan peneraju perkhidmatan bagi tujuan penambahbaikan fungsi organisasi pada masa hadapan”. Beliau turut memberi penekanan terhadap kepentingan mengekalkan ahli pasukan yang sama bagi menjamin kesinambungan kepakaran dalam penggunaan sistem jabatan. Perbincangan memberi tumpuan kepada penilaian keadaan semasa (As-Is) mengikut domain yang ditetapkan, di samping membincangkan kekangan teknikal dan peluang penambahbaikan proses. Antara fokus utama termasuk semakan peta minda proses bisnes, melengkapkan pemetaan perincian proses semasa, serta pembentangan hasil dapatan setiap kumpulan.

Hasil bengkel yang melibatkan jumlah kehadiran seramai 51 orang peserta ini akan dijadikan input penting dalam memuktamadkan pelan induk pemetaan perincian proses Enterprise Architecture (EA) skop UPM Student’s Journey serta pelan penambahbaikan sebagai panduan pelaksanaan agenda transformasi digital universiti ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, inovatif dan mampan. 

#UPM #iDECUPM #EnterpriseArchitecture #EAUPM #TransformasiDigitalUPM #DigitalUPM

Tarikh Input: 30/07/2026 | Kemaskini: 31/07/2026 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (12:26:34pm-12:31:34pm, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]