


4-6 Februari 2026, Serdang - UPM telah menyertai Bengkel Pemantapan dan Penyempurnaan Sistem Repositori Digital IPTA yang diadakan di Kuching, Sarawak. Bengkel tiga (3) hari ini anjuran Majlis Pengarah-pengarah ICT IPTA (MAPITA) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah dilantik sebagai hos program berkenaan.
Inisiatif pembangunan sistem bersepadu (WoG) Sistem Repoitori Digital ICT IPTA ini telah dimulakan sejak Oktober 2025 yang lalu. Sistem ini dibangunkan secara online sepenuhnya oleh ahli yang terlibat yang merupakan Pegawai Teknologi Maklumat dari sembilan (9) IPTA di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu UNIMAS, USM, UPM, UKM, USIM, UMT, UPSI, UMS dan UTM. UPM telah diwakili oleh Ts. Juraidah Mohamad Amin dan Puan Maziah Alis@Alias dan bertanggungjawab dalam membangunkan Modul Dokumen Tadbir Urus ICT. Bengkel dua hari tersebut diisi dengan sesi Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) bagi mendapatkan maklumbalas dari semua peserta dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkenaan. Pada akhir bengkel ini, sesi Pembentangan dan Demo Sistem Repositori Digital IPTA kepada Jawatakankuasa Pemantauan Projek Pembangunan Sistem Repositori Digital IPTA telah diadakan di Mind Bind, Pusat Digital Tun Abang Haji Openg (TAHODC), UNIMAS.
Secara amnya, selain memenuhi objek program yang digariskan, program ini juga telah dapat meningkatkan kolaborasi antara pembangun aplikasi dari universiti yang terlibat. Disamping dapat berkenalan, peserta juga dapat berbincang, berkongsi pandangan dan pengalaman dalam mendepani cabaran dalam pengurusan aplikasi di universiti masing-masing.
Diharapkan melalui penganjuran program seperti ini, kerjasama strategik antara universiti dapat terus diperkukuh, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekosistem teknologi yang lebih mantap dan berdaya saing pada masa hadapan.
Disediakan oleh:
Ts. Juraidah Mohamad Amin
Ketua Bahagian Pembangunan Aplikasi
Tarikh Input: 26/02/2026 | Kemaskini: 11/03/2026 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan