Transformasi Digital Dalam Persekitaran Dinamik | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Transformasi Digital Dalam Persekitaran Dinamik

Transformasi Digital Dalam Persekitaran Dinamik

Bandar Enstek, Negeri Sembilan; 30 November 2023: Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) dan Majlis Pengarah-Pengarah ICT IPTA (MAPITA) telah mengadakan program ITLEAD Siri 1 yang bertajuk Ketahanan Digital: Mengemudi Transformasi Dalam Persekitaran Dinamik.

Seramai 7 pegawai daripada Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia telah menyertai program ini. Program berbentuk forum dan pembentangan ini memberi fokus terhadap peranan barisan kepimpinan ICT institusi sebagai peneraju transformasi digital di institusi masing-masing dalam mendepani dunia digital yang dinamik, dan menyasarkan para peserta berlatarbelakangkan barisan kepimpinan pengurusan ICT Universiti Awam yang terdiri daripada pegawai Skim F.

Semoga semua peserta telah memahami peranan sebagai pemimpin digital yang menerajui dan menggerak inisiatif pendigitalan di institusi masing-masing. Secara langsung akan memahami landskap dan menjayakan hala tuju pendigitalan peringkat nasional.

Disediakan oleh:

Ts. Nor Azlina binti Zainal Abidin

Tarikh Input: 28/12/2023 | Kemaskini: 28/12/2023 | rizalkhanafie

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcIA7~

Hello!