![]() |
![]() |
![]() |
11 Jun 2024, Terengganu : Program Transformasi dan Kecemerlangan ICT yang dianjurkan oleh Pusat Ekosistem Digital, UMT, berlangsung dari 11 hingga 13 Jun 2024. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan, kepakaran, dan perkongsian teknologi ICT di kalangan staf Universiti Awam (UA). Peserta dari UPM serta institusi lain mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sepanjang program ini.
Pada hari pertama, peserta berkumpul di Jeti Duyung, Kuala Terengganu sebelum bertolak ke Stesen Penyelidikan Alami UMT di Pulau Bidong. Aktiviti dimulakan dengan taklimat umum oleh Timbalan Kem Komandan, diikuti dengan agihan penempatan penginapan. Peserta kemudian menyertai aktiviti water confident yang bertujuan meningkatkan keyakinan dalam air.
Sesi perkongsian teknologi diadakan pada sebelah petang dan malam oleh wakil dari EContent, Time, dan CISCO, memberikan pengetahuan dan kemahiran terkini dalam bidang ICT. Hari kedua diteruskan dengan latihan dalam kumpulan seperti aktiviti warisan Vietnam, kayak, dan permainan membina pasukan. Aktiviti kendiri seperti scuba dan snorkeling juga disediakan untuk peserta.
Pada malam kedua, peserta menikmati BBQ sambil mengeratkan hubungan silaturahim. Program ini diakhiri dengan majlis penutup pada pagi hari terakhir, di mana sijil dan hamper pemenang diberikan kepada peserta. Aktiviti Jom Bersih Pantai juga diadakan sebelum peserta bertolak pulang.
Peserta dari UPM:
Tarikh Input: 29/06/2024 | Kemaskini: 29/06/2024 | nazlina

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan