Transformasi Aplikasi Sumber Manusia Pejabat Pendaftar Ke Arah Pendigitalan | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Transformasi Aplikasi Sumber Manusia Pejabat Pendaftar ke arah Pendigitalan

Transformasi Aplikasi Sumber Manusia Pejabat Pendaftar ke arah Pendigitalan

 

SERDANG, 27 Januari 2022 : Pejabat Pendaftar dengan usahasama Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (IDEC) telah berjaya membangunkan Sistem HRPortal yang merupakan nadi utama bagi pengurusan sumber manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM). Ianya merupakan portal yang tersusun dan bersepadu serta gabungan pelbagai sistem di Pejabat Pendaftar dalam menyokong kitaran perjawatan bermula dari proses perancangan, pelantikan, penggajian, penempatan, kenaikan pangkat, pertukaran dan persaraan/penamatan perkhidmatan. Proses transformasi melibatkan 3 Fasa pembangunan merangkumi 58 sistem/proses yang dibangunkan secara dalaman oleh Bahagian Pembangunan Aplikasi, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC). 

Transformasi yang dilaksanakan menjurus ke arah pendigitalan untuk setiap proses kerja dalam pengurusan sumber manusia di UPM, seiring dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya semua Institut Pengajian Tinggi Awam melaksanakan pendigitalan sepenuhnya di dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan. 

Penyerahan projek Transformasi Aplikasi Sumber Manusia Fasa 1 & Fasa 2 melibatkan 38 sistem/proses ini telah disempurnakan oleh Ts. Karmizan Binti Zawawi selaku Pengurus Projek kepada YBhg. Encik Muhazam Bin Mansor Pendaftar UPM di Bilik Lembaga, Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra,UPM. Dalam majlis tersebut turut hadir Pn.Suhana Md Chairi, Ketua Bahagian Sumber Manusia Pejabat Pendaftar. Ahli pasukan pembangun sistem yang terlibat terdiri daripada 4 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan 5 orang Pegawai Teknologi Maklumat diketuai oleh Ts. Karmizan Binti Zawawi.

Tarikh Input: 31/01/2022 | Kemaskini: 31/01/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcEAf~

Hello!