Pada 5 April 2017, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM telah menganjurkan kursus ‘Technology Update Microsoft Office 365’ bertempat di Makmal Exa, iDEC. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf berkaitan teknologi terbaharu yang disediakan oleh Microsoft bagi memudahkan para pengguna menggunakan perisian Microsoft Office secara ‘in the cloud’. Perisian ini boleh digunakan secara atas talian (online) dan offline. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 24 orang staf.
Tarikh Input: 09/10/2017 | Kemaskini: 09/10/2017 | nazlina
Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan