SERDANG, 30 Jun 2026 – Sempena Sambutan Bulan Sinergi Putra UPM 2026 yang bertemakan "Dari Kampus ke Impak Nasional dan Global: Sinergi untuk Masa Hadapan Mampan", Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM), mengambil inisiatif untuk menyokong aspirasi universiti menerusi penganjuran program TechSinergi SPARK.
Membawa tagline "Dominasi Teknologi, Pemangkin Aspirasi, Jiwa PUTRA Diperkasa", program ini dirangka sebagai platform bagi memperkukuh budaya transformasi digital dalam kalangan warga UPM selaras dengan lima (5) fokus utama UPM 2026. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen iDEC dalam memacu inovasi teknologi dan memperkasa ekosistem digital universiti.
TechSinergi SPARK memberi penekanan kepada pembudayaan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) generatif, khususnya melalui aplikasi Gemini dan NotebookLM, bagi meningkatkan produktiviti, mempercepat proses kerja serta menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berimpak.
Selain itu, program ini turut memfokuskan kepada pembangunan inovasi berasaskan penyelesaian digital yang praktikal serta peningkatan literasi digital dalam kalangan warga kampus. Peserta juga didedahkan kepada teknik prompt engineering yang berkesan bagi membolehkan penggunaan teknologi AI secara lebih optimum, kreatif dan bertanggungjawab.
Melalui penganjuran TechSinergi SPARK, iDEC berharap dapat menyemarakkan budaya inovasi digital, memperkukuh kompetensi teknologi warga universiti serta menyokong agenda transformasi digital UPM ke arah melahirkan komuniti kampus yang lebih berdaya saing, mampan dan bersedia menghadapi cabaran era digital.

Tarikh Input: 30/06/2026 | Kemaskini: 30/06/2026 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan