Tanggungjawab Pegawai Aset UPM Dalam Prosedur ICT | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Tanggungjawab Pegawai Aset UPM dalam prosedur ICT

Tanggungjawab Pegawai Aset UPM dalam prosedur ICT

 

Serdang, 6 November 2020 : Sistem Pengurusan Kualiti, Universiti Putra Malaysia dirujuk bagi memastikan tugasan mengikut prosedur, garis panduan atau arahan kerja yang telah ditetapkan. Dengan membudayakan SPK, tugasan dapat dilaksanakan dengan baik serta berstruktur.

 

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah mengambil inisiatif mengadakan Taklimat Prosedur dan Garis Panduan Penyelenggaraan ICT secara atas talian pada 6 November 2020. Taklimat yang disampaikan oleh Peneraju Proses Penyelenggaraan ICT iDEC, Tuan Sayid Nazari Sayid Ismail dan telah disertai oleh semua Pegawai Aset PTJ di UPM serta staf Bahagian Sokongan Pengguna (BSP), iDEC UPM.

 

Seperti yang telah dinyatakan di dalam prosedur dan garis panduan, senarai atau butiran aset ICT perlu disediakan oleh Pegawai Aset PTJ dan diserahkan kepada Seksyen ICT untuk tindakan selanjutnya. Senarai tersebut yang telah disediakan adalah berdasarkan senarai aset ICT yang perlu diselenggara sahaja dan perlu mendapat pengesahan daripada Ketua PTJ. Penyelenggaraan akan diadakan secara berjadual yang telah ditetapkan oleh Seksyen ICT PTJ masing-masing. Penyelenggaraan diadakan secara berkala iaitu sekurang-kurangnya sekali setahun.

Tarikh Input: 10/11/2020 | Kemaskini: 10/11/2020 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEaPAh~

Hello!