Peningkatan Kemahiran Pembangunan Sistem Aplikasi | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Peningkatan Kemahiran Pembangunan Sistem Aplikasi

Peningkatan Kemahiran Pembangunan Sistem Aplikasi

             

21-22 Mac 2024, SERDANG: Kursus CodeIgniter 4 dan Vue.JS telah diadakan khusus bagi pembangun sistem aplikasi di Bahagian Pembangunan Aplikasi bagi memantapkan kemahiran pengaturcaraan dan kesediaan staf bagi pembangunan sistem mengunakan framework baharu. Pembangunan sistem aplikasi pada masa akan datang dijangka akan menggunakan platform ini sepenuhnya.

Kursus dua hari ini telah dilaksanakan di Bilik Latihan Exa dan dikendalikan oleh En. Norhezrulsham Bin Muhamad Nodin yang merupakan pengerak penggunaan platform ini di iDEC. Beliau
dibantu oleh Pn. Siti Hadijah, Pn Syarifah Munazzah, En. Izwan dan pasukan pembangun projek PutraSIMS.


Kursus ini memberi manfaat kepada 21 orang staf BPA yang terlibat secara langsung dengan proses pembangunan aplikasi. Sistem pertama yang dibangunkan menggunakan platform ini
adalah PutraSIMS yang merupakan projek Transformasi Maklumat Pelajar UPM yang dijangka akan digunakan pada tahun 2025.


Disediakan oleh:
Ts. Juraidah Mohamad Amin
Ketua Bahagian Pembangunan Aplikasi

       

 

Tarikh Input: 25/04/2024 | Kemaskini: 30/04/2024 | zalaz

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXFFNA2~

Hello!