Taklimat SISPAA Di Jabatan Perdana Menteri | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Taklimat SISPAA di Jabatan Perdana Menteri

Taklimat SISPAA di Jabatan Perdana Menteri

21 Januari 2025, Serdang - Kementerian Pengajian Tinggi telah mengeluarkan arahan untuk semua IPTA menggunapakai Sistem Pengurusan Pengaduan Awam (SISPAA) dalam pengurusan aduan Universiti.  Seramai 16 orang staf UPM telah menghadiri taklimat berkaitan pelaksanaan penggunaan SISPAA yang berlangsung di Bahagian Pengurusan Aduan, Presint 1,  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.  Taklimat disampaikan oleh Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri.

 

Terdahulu pihak Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat telah membuat satu lawatan penanda aras ke Bahagian Khidmat Pelanggan UKM pada 4 Oktober 2024 untuk melihat dan mempelajari amalan terbaik pelaksanaan pengurusan perkhidmatan pelanggan serta penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) yang diaplikasikan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).  Lawatan ini turut disertai oleh wakil dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Pusat Perhubungan Alumni, Sekolah Pengajian Siswazah dan Pusat Kesihatan Universiti.

 
Disediakan oleh:
Ts. Aidah Ngatiman
Bahagian Pembangunan Aplikasi
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)

Tarikh Input: 27/01/2025 | Kemaskini: 28/01/2025 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (03:12:05pm-03:17:05pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]