Taklimat Dan Gotong-Royong (Siri 2) EKSA | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Taklimat dan Gotong-Royong (Siri 2) EKSA

Taklimat dan Gotong-Royong (Siri 2) EKSA

 

Serdang, 29 Julai 2022 : Universiti Putra Malaysia yang terdiri daripada Bahagian, Pusat, Akademi, Fakulti dan Institut sedang melaksanakan program EKSA. Penilaian dengan beberapa kriteria adalah menjadi syarat wajib dirujuk dan dipatuhi oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ). Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) juga dalam proses melaksanakan program EKSA dan dimulai dengan aktiviti gotong-royong tempat kerja (workstation). 

Setiap ruang akan dinilai, amalan sentiasa kemas dan bersih perlu diamalkan dan merupakan budaya terbaik bukan hanya semasa penilaian sahaja. Kerjasama semua staf iDEC diperlukan supaya semua ruang di pejabat berada dalam keadaaan yang selesa dan bersih.

Taklimat mengenai EKSA telah disampaikan oleh Puan Nurainakmal binti Kamal Bahrin, yang merupakan fasilitator EKSA Universiti Putra Malaysia. Banyak informasi telah diterima dan akan dijadikan panduan untuk semua AJK dan Pelaksana EKSA di iDEC.

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 08/08/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcBAe~

Hello!