SULAM - Terima Kasih Di Atas Kepercayaan! | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » SULAM - terima kasih di atas kepercayaan!

SULAM - terima kasih di atas kepercayaan!

Oleh : Ts. Azizi Bin Sabron

Jawatankuasa Komersialisasi iDEC UPM

 

PELANCARAN PORTAL DAN SISTEM PENGURUSAN SERVICE LEARNING MALAYSIA – UNIVERSITY FOR SOCIETY (SULAM)

Perkhidmatan aplikasi di bawah jawatankuasa komersialisasi iDEC telah diberi kepercayaan oleh pihak Bahagian Kecemerlangan Akademik, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dalam membangunkan Portal dan Sistem Pengurusan Service Learning Malaysia – University For Society (SULAM) bagi tujuan menyediakan satu sistem pengurusan dan pemantauan serta menjadi platform hebahan untuk sebarang inisiatif/projek SULAM. Selain itu, pembangunan portal ini juga bertujuan untuk memberi kemudahan dan membuka lebih peluang kepada komuniti, agensi kerajaan dan industri untuk berkolaborasi dengan IPT yang terlibat.

Empat (4) orang staf daripada Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) iDEC yang diketuai oleh Puan Huda Bt Khairuddin, Encik Ku Haizal Bin Ku Halim, Encik Norhezrulsham Muhamad Nodin dan Sharifah Harzatul Shima Syed Hardan telah terlibat secara langsung di dalam pembangunan projek ini.

Portal ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, pada 22 Disember 2020 (Selasa), di Dewan Za'ba, Kementerian Pengajian Tinggi. Pelancaran juga telah disiarkan secara langsung di dalam Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) dan FBLive TV3 (@mhitv3). 

Pihak pengurusan iDEC juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf yang terlibat dalam pembangunan portal ini. Pemilihan iDEC sebagai pasukan pembangun portal sistem SULAM ini, secara tidak langsung telah menjadikan kebolehlihatan iDEC oleh agensi di luar UPM khususnya dalam mengiktiraf kredibiliti hasil kerja staf iDEC.

 

 

Tarikh Input: 22/12/2020 | Kemaskini: 22/12/2020 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEUNA6~

Hello!