Sukan Bahagian@PICT | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Sukan Bahagian@PICT

Sukan Bahagian@PICT

Ogos 2023, Serdang: Sempena Hari Sukan dan Riadah Staf Universiti Putra Malaysia yang telah ditetapkan pada setiap Rabu, perlawanan sukan antara Bahagian dibawah Timbalan Pengarah Perkhidmatan ICT (PICT) telah diadakan pada 16 Ogos 2023 di IOI City Mall (bowling) dan 23 Ogos 2023 di KPZ (bola tampar). Pertandingan empat penjuru ini melibatkan Bahagian Operasi Aplikasi (BOA), Bahagian Sokongan Pengguna (BSP), Bahagian Infrastruktur ICT (BIT) dan gabungan Bahagian Komunikasi dan Multimedia (BKM) bersama Bahagian Pentadbiran (BPT).

Pertandingan bowling telah mempertaruhkan empat kategori hadiah iaitu jatuhan pin tertinggi yang dimenangi oleh En. Azman Shah (BOA) untuk kategori lelaki dengan jatuhan pin sebanyak 501 mata manakala Cik. Fatimah Suria (BSP)  untuk kategpori wanita dengan jatuhan pin sebanyak 471 mata. Secara keseluruhan kejohanan bowling ini telah di menangi oleh Bahagian Operasi Aplikasi (BOA) dengan skor 10 tertinggi sebanyak 3781 mata.

Pertandingan Bola Tampar empat penjuru telah berlangsung di Dewan Putra 3, Kolej Pendeta Za’ba. Keputusan akhir berpihak kepada BOA apabila terus mengekalkan kejuaraan untuk acara kedua sukan ini, manakala BSP sebagai Naib Johan.

Tahniah kepada semua yang telah menjayakan aktiviti sukan ini.  Diharap aktiviti sebegini dapat menggalakkan aktiviti riadah, meningkatkan motivasi dan hubungan erat di antara staf.

Tarikh Input: 31/08/2023 | Kemaskini: 31/08/2023 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcWAC~

Hello!