SPICT - Isu Yang Perlu Ditambahbaik | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » SPICT - Isu yang perlu ditambahbaik

SPICT - Isu yang perlu ditambahbaik

 

SERDANG, 17 Februari 2020 : Bahagian Perancangan dan Governan ICT (BPG), iDEC telah mengadakan Bengkel Isu dan Penambahbaikan Sistem Perkhidmatan ICT (SPICT), rentetan daripada penemuan Audit Dalaman QMS 2019 serta beberapa isu yang dibangkitkan. Penemuan dan isu ini memerlukan penambahbaikan kepada sistem perkhidmatan ICT atau dikenali sebagai SPICT.  Bengkel yang telah diadakan pada 17 Februari 2020 bertempat di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, UPM, telah dihadiri oleh Pengarah, Ketua Bahagian, Ketua Seksyen ICT, Ketua Seksyen dan Ketua Projek.

Isu dan cadangan telah dibincangkan dan seterusnya perancangan tindakan yang perlu dilaksanakan. Hasil daripada perbincangan, beberapa tindakan perancangan telah dikenalpasti untuk dibawa dan diperhalusi ke peringkat seterusnya di antara Pengurusan iDEC bersama Ketua Bahagian.

Tarikh Input: 18/02/2020 | Kemaskini: 18/02/2020 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDTKAk~

Hello!